UMW Toyota Malaysia telah mengesahkan sebanyak 5% dari 500 unit RAV4 tahun buatan Oktober 2005 dan September 2008 di negara ini yang terlibat dalam panggilan semula berhubung masalah tali pinggang keledar belakang. Pemilik yang terlibat akan dihubungi untuk untuk membawa RAV4 mereka ke pusat servis yang bertauliah. Kesemua kos pembaikan adalah ditanggung sepenuhnya oleh UMW Toyota.
Semalam Toyota Motor Corporation (TMC) telah memanggil semula 2,873,000 unit SUV RAV4, RAV4 EV dan Vanguard (buatan antara Julai 2005 dan Januari 2016) di seluruh dunia akibat masalah yang sama. Di mana tali pinggang belakang tersebut boleh terputus ketika berlaku kemalangan. Kerosakan ini telah dikesan dalam dua kejadian kemalangan berasingan, di mana salah seorang penumpang telah dilaporkan meninggal dunia.
Walau bagai mana pun, Toyota berkata tidak dapat dipastikan adakah kemalangan maut yang berlaku di Kanada itu berpunca dari kegagalan tali pinggang belakang, tetapi proses panggilan semula tetap akan dijlakukan sebagai langkah awal pencegahan. Satu lagi kejadian tali pinggang belakang yang terputus ini telah berlaku di Amerika Syarikat.
Kenderaan yang diproduksi antara tahun yang dinyatakan di semua pasaran (kecuali Jepun) terlibat dalam panggilan semula ini. Menurut Toyota, masalah tersebut dikesan berpunca dari rekaan rangka kusyen yang diperbuat daripada besi pada tempat duduk barisan kedua. Tali keledar tersebut tidak mempunyai masalah, tetapi jika ia bergeser dengan rangka kusyen tersebut, ia akan koyak dan terputus.
Hanya separuh dari jumlah keseluruhan 2.87 juta unit RAV4 adalah di selatan Amerika, pasaran terbesar Toyota. Panggilan semula termasuklah untuk pasaran Jepun, Eropah, China dan lain-lain negara.


Toyota Yaris Cross
dari RM99,900
Toyota Hilux
dari RM226,300
Toyota Urban Cruiser
dari RM198,000
Toyota bZ4X
dari RM220,000
Toyota GR Yaris
dari RM315,600
Toyota GR Corolla
dari RM368,950
Toyota Camry
dari RM221,800
Toyota Corolla Cross
dari RM133,800
Toyota Hiace
dari RM169,000