Ford Kuga 2016 – tambah penjana kuasa baharu 1.5 liter turbodiesel, empat-silinder TDCi, 120 hp

Ford-Kuga-facelift-2016_PTBM4

Ford telah memperkenalkan model facelift bagi Kuga yang telah melakukan penampilan perdana di Mobile World Congress di Barcelona.

Disasarkan untuk pasaran Eropah, Kuga 2016 ini tampil dengan suntikan perubahan yang minima. Gaya hadapannya kini ditampilkan dengan gril atas berbentuk trapezoidal yang besar digabungkan dengan gril bawah yang lebih kecil bersama lampu utama yang langsing dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Lampu kabus dan lampu belakang turut diberi sedikit perubahan dan Ford juga memperkenalkan rim aloi baharu bersama 17- dan 19-inci dengan kekemasan baharu termasuk Luster Nickel. Badannya juga mempunyai pilihan warna Copper Pulse dan palang penarik boleh laras yang terletak di bawah bampar belakang juga turut ditampilkan.

Bagi bahagian kabinnya, Kuga 2016 ini menerima kawalan penghawa dingin yang diberi penambahbaikan dan roda stereng juga telah dimodifikasi. Selain itu, ia turut menampilkan brek parkir elektronik dan indikator pengunci pintu serta pembuka pintu kargo secara bebas-tangan yang diadaptasikan dari model pra-penambahbaikan.

Sama seperti model Escape 2017 spesifikasi Amerika Syarikat, Kuga 2016 ini juga ditawarkan dengan sistem hiburan Ford SYNC 3 yang menampilkan paparan skrin sesentuh lapan-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Selain itu, buat pertama kalinya Kuga juga akan menerima sistem pencahayaan hadapan adaptif bersama kawalan sudut, kawalan penvektoran tork dan sistem Active City Stop bagi mengelakkan pelanggaran (yang dipertingkatkan dari 30 km/j ke 50 km/j).

Perubahan paling besar dilakukan ialah ia turut menambah satu lagi pilihan penjana kuasa iaitu 1.5 liter turbodiesel empat-silinder TDCi yang mampu memberikan 120 hp dan ditawarkan secara eksklusif dengan pacuan roda-hadapan. Penjana kuasa ini menyertai enjin 2.0L TDCi (150 hp) dan 1.5 liter pengecas turbo EcoBoost (120 hp, 150 hp dan 182 hp).

Ford Kuga 2016 akan mula berada di pasaran Eropah pada musim luruh ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required