Ketua rekabentuk luar Porsche berhijrah ke Lamborghini selepas berkhidmat selama 17 tahun

Mitja-Borkert-Lamborghini-e1456977237837_BM

Selepas penghijrahan CEO nya terdahulu, Stephen Winkelmann ke Audi Quattro, kini Lamborghini terus menyusun semula organisasi mereka dengan melantik ketua rekabentuk luar yang baharu – Mitja Borkert, sebelum ini menyandang tugas yang sama di Porsche.

Borkert yang mula menyertai jabatan rekabentuk Porsche pada tahun 1999 bakal memulakan tugas baharunya di Lamborghini bermula 4 April hadapan.

Filippo-Perini-Lamborghini_BM

Porsche Macan, Cayenne dan 987 Boxster adalah di antara hasil kerja Borkert terdahulu termasuk kereta konsep seperti Panamera Sport Turismo dan kereta elektrik sepenuhnya Mission E. Dengan perlantikan ini, Borkert akan menggantikan ketua rekabentuk luaran Lamborghini sebelum ini, Felippo Perini (gambar di atas) yang akan menyertai Italdesign.

Antara hasil kerja bawah pengawasan Perini di Centro Stile Lamborghini termasuk projek Gallardo LP570-4 Superleggera, Gallardo LP570-4 Spyder Performante, Revento, Aventador, Aventador J dan terbaru konsep SUV Urus.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required