Sistem brek kecemasan automatik bakal dijadikan ciri standard di Amerika Syarikat menjelang tahun 2022

volvo-city-safety_BM

Kita di Malaysia mungkin menganggap ia sesuatu yang ‘fancy‘, tetapi dengan kebanyakkan pengeluar kereta di pasaran Amerika yang kini mampu untuk membina sistem brek kecemasan automatik (AEB), sistem berkenaan bakal dijadikan sebagai ciri standard di sana pada masa akan datang.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) Amerika dan Institut Insuran Keselamatan Lebuhraya (IIHS) Amerika mengumumkan 20 pengeluar di Amerika telah bersetuju untuk menjadikan sistem AEB sebagai ciri standard pada semua kenderaan baharu menjelang September 2022.

Senarai pengeluar kenderaan tersebut merangkumi lebih dari 99% pasaran Amerika termasuk, Audi, BMW, Fiat-Chyrsler, Ford, General Motors, Honda, Hyundai, Jaguar Land Rover, Kia, Maserati, Mazda, Mercedes-Benz, Mitsubishi, Nissan, Porsche, Subaru, Tesla, Toyota, Volkswagen, dan Volvo.

Intipati yang mewajibkan sistem AEB ini dipasang pada semua kenderaan adalah untuk mengelakkan pelanggaran menggunakan sistem tersebut yang akan membrek kereta secara automatik untuk pemandu apabila diperlukan. Menggunakan penderia pada kenderaan, sistem AEB boleh mengesan kemalangan yang bakal berlaku, seterusnya memberi amaran kepada pemandu. Jika pemandu tidak dapat bertindak dalam masa yang cepat, sistem ini akan mengambil alih tugas itu dengan memberhentikan sendiri kereta tersebut

“Ini merupakan masa yang menarik dalam teknologi keselamatan kenderaan. Dengan langkah proaktif menjadikan sistem brek kecemasan sebagai standard pada kenderaan mereka, kesemua 20 pengeluar ini akan membantu untuk mengelakkan beribu kemalangan dan menyelamatkan nyawa,” kata Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat, Anthony Foxx.

NHTSA berkata komitmen oleh 20 pengeluar untuk menjadikan sistem AEB sebagai ciri standard pada kereta baharu mempercepatkan proses tersebut tiga tahun lebih awal berbanding apa yang mungkin dicapai melalui undang-undang formal. Pada masa tersebut, IIHS menjangkakan sistem baharu ini akan mengelakkan lebih daripada 28,000 kemalangan dan 12,000 kecederaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Peminat Auto on Mar 18, 2016 at 11:34 pm

    Teknologi yang terlamapau canggih pd kereta era kini bagus selagi mana tiada ‘system failure’. Saya lebih sukakan kereta berada dalam kawalan pemandu sepenuhnya. ‘Be a Driver’!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Pemasangan kamera juga menjadi wajib untuk mengenal pasti kegagalan sistem yg di buat oleh pihak pengeluar.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required