Petron Blaze RON 100 – senarai penuh stesen di M’sia

Petron Blaze RON 100

Petron Malaysia telah mengumumkan senarai terkini bagi semua stesennya yang menjual petrol Blaze 100 Euro 4M. Sehingga kini, terdapat 23 stesen (17 di Lembah Klang, enam di Johor) yang turut menawarkan bahan api berprestasi tinggi ini. Ketika dilancarkan Januari lalu, ia hanya boleh didapati di enam stesen sahaja.

Buat masa ini, Petron Blaze 100 dijual pada harga RM2.60 per liter, iaitu 65 sen lebih daripada RON 97. Tidak seperti RON 95, RON 97 dan diesel, harga Petron RON 100 ini tidak diaturkan, dan perubahan harganya (jika ada) tidak semestinya akan berlaku pada 1 haribulan pada setiap bulan.

Senarai stesen Petron yang ada menawarkan Blaze 100 Euro 4M adalah seperti berikut:

Lembah Klang

Petron Elite
Petron Bukit Bintang
Petron MRR2 Selayang
Petron Bukit Lanjan SB
Petron Lebuh Bandar Utama
Petron Jalan Maarof
Petron Taman Universiti (baharu)
Petrob Puchong Indah (baharu)
Petron Subang Indah (baharu)
Petron Tol Sg. Besi (arah selatan)
Petron Taman Tun Dr. Ismail
Petron Kesas (arah barat)
Petron Batu 3 Lebuhraya Persekutuan
Petron Damansara Kayu Ara
Petron Rahman Putra (baharu)
Petron Jalan Universiti (baharu)
Petron MRR2 Bukit Antarabangsa (baharu)

Johor

Petron Tol Skudai (arah utara)
Petron Linkedua (arah selatan)
Petron Gelang Patah
Petron Jln Danga
Petron Puteri Wangsa
Petron Tmn Daya 2

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required