Kerajaan Penang digesa meneliti keadaan jalan – CAP

Bad-road-2

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa supaya Kerajaan Pulau Pinang meneliti semula keadaan dan standard pembinaan jalan raya di negeri ini berikutan kebanyakan permukaan jalan raya berlubang dan tidak rata.

Menyifatkan keadaan kebanyakan jalan raya di negeri ini boleh membahayakan pengguna, CAP berkata kontraktor yang terlibat dalam pembinaan jalan raya itu perlu dipertanggungjawabkan terhadap permukaan jalan berlubang dan tidak rata, laporan Bernama.

Menurut Presiden CAP S.M. Mohamed Idris, tinjauan CAP baru-baru ini mendapati antara jalan utama yang mengalami kerosakan ialah sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Thean Teik, Jalan Paya Terubong, Jalan Jelutong, Jalan Perak dan Jalan Hutton.

“Jalan raya yang rosak akan membahayakan pengguna terutama sekali jika Pulau Pinang menjangkakan kemasukan pelancong yang lebih ramai ketika musim cuti sekolah mahupun perayaan,” katanya.

Mitsubishi Triton Penang Drive-46

Beliau berkata dengan peningkatan 120% kenderaan bermotor terutama kereta persendirian di jalan raya di Pulau Pinang dalam tempoh 10 tahun (2002 hingga 2012), adalah penting jalan raya diselenggara dengan baik.

Sambungnya, “Keadaan jalan sebegini boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya ketika ini Penang menerima kehadiran pelancong luar yang ramai terutamanya pada musim cuti persekolahan dan perayaan. Pembaikian yang segera perlu dilaksanakan bagi memastikan keadaan jalan raya tidak mendatangkan risiko yang berbahaya kepada para pengguna jalan raya.”

Kenyataan ini senada dengan yang dikemukakan oleh Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh sebelum ini yang mahu memastikan Kuala Lumpur turut bebas dari jalan raya bermasalah. Di mana DBKL menyedari banyak berlaku masalah jalan berlubang, mendap, tampalan tidak sempurna dan retak sehingga mengundang banyak masalah lain seperti menjadi punca kepada kemalangan.

Antara faktor utama yang menyebabkan masalah jalan berlubang ialah pembangunan berterusan yang sentiasa berlaku di sekitar ibu kota serta diikuti kaedah penurapan jalan tidak sempurna yang dilakukan syarikat utiliti yang bertanggungjawab mengorek lubang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required