VIDEO: Iklan Honda Accord facelift 2016 di Indonesia

Selain dari Honda Civic 2016, Honda Indonesia turut melancarkan Honda Accord generasi ke-sembilan versi facelift semasa berlangsungnya Indonesia International Motor Show (IIMS) 2016. Pelancaran sedan segmen-D ini turut diikuti oleh iklan yang menampilkan ciri-ciri baharu yang dilengkapi padanya.

Video berdurasi 60 saat tersebut menayangkan perincian pada perubahan yang dilakukan terhadap model facelift ini termasuk rekaan Solid Wing menampilkan gril dan bampar hadapan baharu yang turut menempatkan lampu kabus LED serta lampu hadapan LED penuh dengan lampu nyalaan siang. Rekaan pada bonet hadapan turut dikemaskini menampilkan rupa bentuk yang lebih tegap.

Pada bahagian belakang, Accord ini turut menerima lampu belakang LED baharu dengan barisan bar LED menampilkan rupa bentuk yang lebih segar. Kedua-dua belah lampu tersebut kelihatan ‘tertusuk’ dengan bar bersalut krom merentasi but belakang.

2016-Honda-Accord-facelift-Indonesia-ad-1_BM

Reka bentuk di dalam kabin masih lagi menampilkan rekaan yang seiras dengan model terdahulu, termasuk bahagian tengah papan pemuka yang diletakkan dengan paparan skrin dua tingkat. Skrin pada bahagian atas memberikan paparan pelbagai info i-MID, dan di bahagian bawah pula ialah skrin sesentuh bersaiz 7.5 inci untuk paparan sistem infotainmen. Perubahan lain yang dapat disaksikan adalah rekaan pada bahagian panel instrumen yang dikemaskini serta kemasan yang menggabungkan elemen panel kayu dan hitam berkilat.

Seperti juga Civic, Accord turut dipasarkan dengan varian tunggal di pasaran Indonesia. Pembeli di sana hanya boleh membeli varian 2.4L VTi-L yang dijual pada harga Rp. 635 juta (RM188,108). Ia masih dijana oleh enjin 2.4 liter Earth Dream DOHC i-VTEC berkuasa 174 hp/225 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik lima-kelajuan.

Digelar sebagai “the visionary car” di dalam video tersebut, Accord facelift ini membuat kemunculan sulungnya di Amerika Syarikat tahun lalu. Berapa bulan kemudian, ia dilancarkan pula di Thailand, dan kini di Indonesia. Accord facelift juga dijangka akan menembusi pasaran Malaysia tahun ini setelah Honda Malaysia mengumumkan akan melancarkan dua buah model CKD baharu – yang dijangka Honda Civic 2016 dan Honda Accord facelift.

GALERI: Honda Accord facelift 2016 DI Bangkok Motor Show

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required