Kementerian Pengangkutan Jepun umum panggilan semula kenderaan keluaran Nissan dan Mitsubishi

Nissan-logo-01

Kementerian Pengangkutan Jepun menyatakan sejumlah lebih kurang 730 ribu unit kenderaan keluaran Nissan dan 125 ribu unit kenderaan keluaran Mitsubishi di pasaran negara matahari terbit itu akan dipanggil semula atas sebab kerosakan-kerosakan tertentu, lapor berita ABS-CBN.

Menerusi laporan tersebut, kementerian terbabit mengumumkan pada khamis lalu sejumlah 727,012 unit kenderaan keluaran Nissan yang terdiri dari beberapa model hatchback akan dipanggil semula kerana masalah cat yang berlaku pada pintu belakang.

Panggilan semula tersebut merangkumi model Serena dan 11 lagi model lain yang diproduksi antara April 2009 hingga Mac 2016. Cat pada rod metalik yang tertanggal pada pintu hatchback belakang apabila dibuka mungkin akan menyebabkan berlakunya pengaratan. Lima kes kerosakan tersebut telah dilaporkan bermula Jun 2016 hingga Mac 2016, tetapi tiada lagi kecederaan dilaporkan disebabkan kerosakan tersebut.

mitsubishi-triton-2015-malaysia-showroom-gallery 1400

Sementara itu, kementerian terbabit turut mengumumkan Mitsubishi Motors Corporation turut akan memanggil semula 124,419 unit kenderaan keluaran mereka yang dipasarkan dalam pasaran domestik Jepun yang terdiri dari Pajero Mini dan lima model lain, yang diproduksi antara Ogos 2002 dan Disember 2013.

Kementerian itu mengatakan gangguan pada talaan enjin turbo kereta-kereta tersebut akan menyebabkan kebocoran pada gas ekzos dan juga kerosakan pada sistem penyejukkan, berkemungkinan turut akan menyebabkan kerosakan pada enjin itu sendiri. Sejumlah 273 kes kerosakan telah direkodkan sejak Julai 2011 hingga Januari tahun ini.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required