Model konsep Hyundai Verna – Accent generasi akan datang – dipamerkan di Beijing Auto Show 2016

Hyundai-Verna-Concept-front-three-quarter-at-the-Auto-China-2016-Live_BM

Hyundai telah mempertontonkan model konsep Hyundai Verna semasa berlangsungnya Beijing International Auto Exhibition 2016. Hyundai mengatakan model konsep tersebut adalah untuk memberi gambaran sebenar Hyundai Verna generasi akan datang. Verna adalah sedan segmen-B dan turut dikenali sebagai Hyundai Accent di pasaran-pasaran tertentu termasuk Malaysia. Model ini juga agak popular di pasaran Korea Selatan, China, Russia, India dan Amerika Utara.

Untuk model konsep Verna ini, Hyundai menerapkan rekaan Fluidic Sculpture 2.0 terbaharu mereka. Bahagian muka kereta ini menampilkan gril heksagon yang besar dilengkapi dengan jaring mesh, lampu hadapan yang tirus dan juga bampar hadapan yang sangat agresif. Tetapi, tahap agresif rekaan ini mungkin akan dikurangkan ketika versi produksinya dilancarkan kelak, sama seperti model-model konsep lain.

Hyundai-Verna-Concept-rear-at-the-Auto-China-2016-Live_BM

Begitu juga pada bahagian belakang yang menampilkan lampu yang tirus dan garang serta dilengkapi dengan spoiler pada bahagian but. Apa yang menarik pada Verna ini adalah pada bahagian bumbung belakangnya yag direka agak curam, seperti sebuah coupe. Walaupun begitu, bukaan pada pintu belakang dan penutup but kargo adalah konvensional seperti sedan biasa.

Spesifikasi unit janakuasa dan prestasi kereta ini belum lagi diumumkan. Tetapi menurut laporan IndianAutosBlog, versi produksi model ini akan dilancarkan di India tahun hadapan, sementara pelancarannya untuk pasaran Korea dijangka (sudah tentu) lebih awal, berkemungkinan akhir tahun ini.

gambar langsung dari Beijing ihsan dari IndianAutosBlog

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Saga3 on Apr 26, 2016 at 9:00 pm

    Model konsep Hyundai Verna – Accent adalah diantara kereta segmen-B dengan rekabentuk paling mengancam

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Satria Kungfu on May 16, 2016 at 10:51 pm

      Rekabentuk memang lawa tapi marketing & pentadbiran lembap skrg cuma akan membawa kegagalan. Kia Rio x laku, Hyundai Elantra main tolak harga turun ke tahap Honda City spec rendah pun x dpt jual

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required