Kurangkan penggunaan motosikal mampu elak peningkatan kemalangan maut – KP JKJR

Motorcyclist

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menyeru supaya orang ramai mengurangkan penggunaan motosikal termasuk untuk bersiar-siar bagi mengelakkan kemalangan maut yang semakin meningkat.

Menurut Ketua Pengarah JKJR Abd Ghafar Yusof, sebanyak 62% daripada 6,706 jumlah kes kemalangan yang berlaku pada tahun lalu adalah membabitkan motosikal, laporan Bernama.

“JKJR mahu perkara ini diberi perhatian khusus kerana jika kita berjaya mengurangkan penggunaan motosikal sebanyak 10%, dijangka dapat menyelamatkan 400 nyawa setahun.

“Walau bagaimana pun, penggunaan motosikal bukanlah dihalang kerana ada keluarga yang tidak memiliki pilihan lain selain motosikal sahaja. Tetapi kami nasihatkan, gunakan ia sekiranya perlu dan terdesak sahaja bagi mengelakkan risiko kemalangan,” ujarnya selepas merasmikan Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya semalam.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan, ibu bapa perlu memastikan anak-anak kecil memakai topi keledar yang mempunyai tahap keselamatan yang dibenarkan bagi mengelak ia pecah ketika kemalangan berlaku.

Katanya lagi, “Kami juga menasihati ibu bapa supaya melarang anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Same L0rr on May 18, 2016 at 3:06 pm

    What?! Makin mau bikin trafic jem ka?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • TheRamaHeDope on May 20, 2016 at 6:43 pm

    Wahai KP…syg…pangkat gah bile d sebut…tp taraf pemikiran bwh lg org kurang akal..anda ingt smua rakyat gaji mcm anda ke…senangnye mcm anda ke…siape yg xnk berkereta kt dunia ni…smua org nak..tp agak la saranan ko…g perbaiki struktur prmukaan jln anda tu…
    Mkin tinggi pangkt mkin cetek akal…
    Saya berkereta
    Tp lebih suka bermotorsikal
    And i hate you…
    Haha

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Encik JB on May 24, 2016 at 3:40 pm

    Kalaulah ada lane khas.
    Kalaulah driver kereta, bus n lorry mentaliti mcm Europe.
    Kalaulah jalan tak pernah jem.
    Kalaulah KP JKJR pernah naik motor.
    Kalaulah semua manusia bangang bercakap ni takde.

    Kalaulah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required