Lampu kabus belakang menrupakan ciri asing untuk rakyat Malaysia melainkan mereka yang biasa menggunakan kenderaan premium buatan Eropah di mana ciri tersebut sudah lama dilengkapkan pada kereta-kereta sedemikian. Walaubagaimana pun, lampu kabus kini merupakan ciri wajib yang perlu bekalkan untuk kereta-kereta baharu yang dilancarkan bermula tahun 2013, sebagai syarat di bawah undang-undang UN yang telahpun diguna pakai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Kebelakangan ini, kerap terjadi pengguna di Malaysia menyalahgunakan ciri tersebut dengan menyalakan lampu kabus pada masa yang tidak sepatutnya. Ini menyebabkan pemandu lain di belakang menjadi silau kerana lampu tersebut yang sangat cerah.
Berikutan masalah ini, UMW Toyota telah menyiarkan satu video untuk menerangkan bila sepatutnya lampu tersebut perlu digunakan. Secara asasnya, lampu berkenaan hanya perlu dinyalakan dalam situasi kadar penglihatan yang sangat rendah contohnya seperti dalam keadaan jalan berkabus ataupun semasa hujan lebat.
Tonton video ini, fahamkan, sebarkan, dan sentiasa memandu dengan cermat dan bersopan!
Nampaknya pemandu malaysia yang membaca dalam bahasa melayu tak berminat untuk tahu. Mereka terlalu gemar memasang lampu kabus untuk menunujuk-nunjuk.