Yamaha_R25_12-850x567

Susulan daripada perkembangan diperingkat global oleh Yamaha yang memanggil semula semua model YZF-R25 yang dikilangkan dari 2014 hingga 2016, pengedarnya di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengeluarkan notis panggilan semula model berkenaan di laman web rasminya.

Panggilan semula itu adalah berkaitan dua masalah yang dikenal pasti – pemasangan plat tekanan klac dan pam minyak pada model berkenaan.

Panggilan semula ini melibatkan model YZF-R25 dengan nombor pengenalan kenderaan PMYRG151OE-000XXXX hingga PMYRG151OF-000XXXX, begitu juga dengan unit dengan nombor kerangka (frame number) PMYRG1510G-0004321 hingga PMYRG1510G-0006357. HLYM akan memaklumkan sendiri semua pemilik model berkenaan yang terlibat, bermula awal Ogos nanti.

Selepas menerima notis itu nanti, pemilik dikehendaki untuk menghubungi pusat servis sah Yamaha berdekatan untuk membuat temu janji untuk menukar komponen yang berkaitan. Sementara itu, mana-mana pemilik Yamaha YZF-R25 boleh menghubungi HLYM menerusi emel r25hotlinemalaysia@yamaha-motor.com.my atau WhatsApp +6017-357 9965 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Setakat ini, HLYM masih belum memaklumkan berapa jumlah sebenar motosikal yang terlibat di dalam panggilan semula ini. HLYM juga memohon agar pemilik-pemilik sedia ada model berkenaan untuk bertenang sementara syarikat melalukan panggilan semula ini secara berperingkat.