Volvo Iron Knight – empat pengecas turbo, 2,400 hp/6,000 Nm, 276 km/h, trak paling pantas di dunia!

T2016_0330-e1472201471183_BM

Pada tahun 2012, trak diesel hibrid “Mean Green” yang dibina oleh Volvo telah dinobatkan sebagai trak terpantas di dunia selepas mencatatkan kelajuan maksima 147 batu sejam (236.6 km/j). Kini, Volvo membina sebuah lagi trak untuk memecahkan rekod tersebut diberi nama Iron Knight.

Iron Knight merupakan trak 4.5 tan yang dibekalkan dengan kuasa 2,400 hp dan tork maksima 6,000 Nm. Kuasa berkenaan dijana dari enjin D13 yang diubahsuai dan disuap dengan empat pengecas turbo. Trak ini dikemudi oleh juara European Truck Racing 1994 Boije Ovebrink (individu yang sama memandu Mean Green), dan mencatatkan kelajuan purata 169 km/j dalam laluan dua arah dari kedudukan pegun hingga 1,000-meter, dalam masa purata 21.29 saat.

Ovebrink memecahkan rekodnya sendiri bersama Mean Green sebelum ini yang mencatatkan kelajuan purata 152.2 km/j pada jarak yang sama. Beliau juga memecahkan rekod 500 m baharu iaitu 131.29 km/j dalam masa 13.71, mengatasi rekod 500 m sebelum ini yang dicatatkan pada 115.3 km/j. Dalam percubaan ini, Iron Knight mencatatkan kelajuan maksimum 276 km/j!

T2016_0324-e1472202328427_BM

Iron Knight merupakan sebuah trak yang dibina khusus untuk memecahkan rekod, tetapi masih menggunakan enjin dan transmisi dari trak produksi Volvo. “Faktanya pemecah rekod dunia ini masih menggunakan kotak gear yang sama dengan trak siri FH kami dan ini menjadi kebanggaan kami,” kata Claes Nilsson, presiden dan CEO Volvo Trucks.

Menurut Volvo Trucks, Iron Knight menggunakan transmisi klac berkembar yang sama digunakan pada siri trak FH produksi, tetapi klacnya telah diperkuatkan menggunakan material yang disinter untuk binaan cakera dan plat tekanan.

Perlatan elektronik turut diminimumkan untuk mengurangkan beratnya, manakala perisian telah diprogramkan agar ia memberikan prestasi yang lebih tinggi dari trak kegunaan biasa. Cab Iron Knight dibina menggunakan bahan gentian kaca, dan liang kemasukan yang dioptimakan aerodinamiknya dibina untuk memberikan udara yang lebih sejuk kepada enjin.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required