Hyundai i10 – generasi ke-2 bakal ditampilkan di Paris

hyundai-i10-fl-01a

Hyundai bakal menampilkan model facelift i10 generasi kedua buat pertama kalinya di Paris Motor Show tidak lama lagi. Ia pernah ditampilkan di Frankfurt tiga tahun dahulu, tetapi kini telah dipertingkatkan, termasuk memiliki keselamatan aktif dan ciri sambungan baharu.

Perubahan luaran ditampilkan menerusi gril hadapan Cascading baharu, yang merupakan identiti terkini yang bakal diaplikasikan bagi semua model baharu Hyundai pada masa hadapan. Malah bampar turut ditampilkan dengan rekaan baharu dan lampu nyalaan siang LED bulat. Sementara bampar belakangnya juga telah diperkemaskinikan, termasuk lampu dan lampu kabusnya. Moulding sisi turut direka semula dan roda baharu bersaiz 14-inci melengkapkan lagi perubahan imej i10 ini.

Bahagian dalamnya tidak banyak berubah, melainkan terdapat pilihan beberapa warna baharu – membolehkan pembelinya memilih sama ada merah, biru, jingga, kuning langsat atau hitam sebagai warna kekemasan dalaman. Selain itu, ia turut menampilkan sistem navigasi skrin sesentuh tujuh-inci baharu dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard. i10 merupakan satu-satunya model di dalam kelasnya yang menawarkan sambungan sebegitu, ujar Hyundai.

Dua elemen keselamatan baharu turut ditambah, ia berasaskan kemera pelbagai-fungsi baharu iaitu Front Collision Warning System (FCWS) dan Lane Departure Warning System (LDWS). Selain itu, bahagian mekanikalnya juga disemak semula termasuk bump stopper hadapan yang lebih besar dan nisbah gear stereng yang dimodifikasi bagi menambahkan aspek pengendalian.

Selain itu, i10 masih dipadankan dengan enjin tiga dual-CVVT Kappa yang boleh didapati di Eropah (66 PS/94 Nm bagi 1.0 liter tiga-silinder, 87 PS/120 Nm 1.25 liter empat-silinder dan 67 PS/90 Nm 1.0 liter LPG tiga-silinder). Bagi model BlueDrive, berasaskan varian petrol 1.0 liter, termasuk elemen yang mampu menjimatkan penggunaan bahan api.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required