Toyota GT86 talaan Street FX dan GT Auto Garage dijana enjin Nissan GT-R 4.1 liter, 2 Turbo, 1,000 hp!

toyota-gt86-by-street-fx-e1472694563247-_BM

Setelah mengubahsuai enjin boxer asal FA20 2.0 liter dengan memadankan pengecas turbo pada tahap tekanan boost paling tinggi yang boleh ditampung enjin berkenaan, menghasilkan kuasa maksimum 545 hp, Street FX dan GT Auto Garage dari Australia masih tidak berpuas hati lagi dengan Toyota GT86 talaan mereka ini.

Jalan penyelesaiannya? Mereka memadankan enjin VR38DETT V6 3.8 liter dengan dua pengecas turbo yang diambil daripada GT-R ke dalam perut GT86 berkenaan. Tidak cukup dengan itu, enjin tersebut turut diubahsuai dengan pemadanan kit stroker dari HKS yang meningkatkan kapasiti asal 3.8 liter kepada 4.1 liter. Pengecas turbo asal juga digantikan dengan dengan sepasang kit turbin Symmetrical GT1000 juga dari HKS. Hasilnya, enjin V6 berkenaan kini bernafas lebih buas dengan kuasa 1,000 hp!

Enjin tersebut mampu diletakkan lebih enam inci ke bawah dari kedudukan sepatutnya setelah sistem pelinciran Dry-Sump dipadankan (takung minyak pelincir dialihkan ke bahagian atas menerusi sistem ini). Ini membolehkan titik graviti jentera ini direndahkan lagi sekaligus memberikan kestabilan yang baik.

Kotak gear asal GT86 semestinya tidak mampu menampung kuasa yang dihasilkan dari enjin baharu ini. Street FX tidak mengambil sekali kotak gear klac berkembar dari GT-R, sebaliknya menggunakan kotak gear enam-kelajuan sequential yang dibekalkan oleh pembekal kotak gear yang sama menghasilkan sistem transmisi siri perlumbaan V8 Supercars Australia iaitu Albins. Pedal penukar gear pneumatik yang dikawal oleh kotak komputer Motec turut dipadankan untuk memudahkan penukaran gear dilakukan dengan pantas pada kelajuan tinggi.

Kereta ini ditala bukan sahaja untuk kegunaan litar, malah turut akan digunakan di atas jalan raya biasa. Oleh itu, ia masih dilengkapi sistem penghawa dingin, sistem audio dan juga kamera undur.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • tank destroyer on Sep 01, 2016 at 4:40 pm

    Gila betul, enjin standard Nissan GTR 545hp pun dah sangat power, kereta Toyota GT86 ni pulak amat ringan, 1000hp mungkin susah nak kontrol masa di litar tengah time attack, tambahan lagi 1000hp tu pergi ke tayar belakang saja, kalau AWD ok la.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required