gsxr250youngmachinebm

Dalam masa terdekat ini, dua pameran motosikal terbesar di dunia akan berlangsung iaitu INTERMOT dan EICMA. Pengeluar-pengeluar sudah tentu akan menggunakan acara ini sebagai tapak untuk memperkenalkan model baru dan daripada Suzuki, ia dijangkakan adalah GSX-R250.

Khabar angin berkenaan kewujudan motosikal ini bermula apabila satu lukisan paten bocor dari Australia dan gambar risikan dalam kilang terlepas kepada umum. Kemudiannya, terbaru, sebuah majalah motosikal dari Jepun, Young Machine menterjemahkannya kepada lukisan sebenar dan motosikal tersebut kelihatan lengkap.

Ramai yang menjangka motosikal ini akan menggunakan enjin 248cc satu silinder seperti model Inazuma yang dijual di India dan mereka memanggil GSX-R250 sebagai Gixxer 250. Sehingga kini, Gixxer hanya dijual pada kapasiti enjin 155cc. Untuk pengetahuan, Suzuki Inazuma adalah model naked dan pengeluarannya telah diberhentikan di India akhir tahun lalu.

Suzuki GSX-R250 dikatakan sebagai sebuah model global, tetapi di Malaysia gayanya seperti Suzuki semakin merudum. Kilang mereka di Perai, Pulau Pinang telah diberhentikan operasinya dan beberapa cawangan lain juga ditutup.