Proton Saga 2016 – perincian, spesifikasi empat varian yang ditawarkan; harga dari RM37k hingga RM46k

27-proton-saga-2016-bm-reardiffuser-blue

Proton Saga 2016 adalah model Proton seterusnya yang akan dilancarkan selepas Persona dan Perdana baharu. Semasa pra tonton awal untuk wakil media, kami diberitahu pesaing Perodua Bezza ini sudah boleh ditempah bermula hari Sabtu, 24 September 2016 dan harganya terletak dalam lingkungan RM37,000 hingga RM46,000.

Pada masa itu juga, kami dapat mendekati empat varian yang ditawarkan untuk Proton Saga 2016 ini – Standard (MT), Standard (AT), Executive (AT) dan Premium (AT). Kesemuanya akan menggunakan enjin sama seperti yang turut digunakan pada model Iriz iaitu unit 1.3 liter VVT (menggantikan enjin lama IAFM+), dengan kemampuan 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm. Pilihan transmisi pula terdiri daripada manual lima kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian).

Walaupun jumlah kuasa adalah sama, Proton menyatakan Saga baharu lebih laju dan lebih jimat minyak daripada sebelumnya. Versi manual kini boleh tiba di kelajuan 100 km/j dalam masa 12.2 saat (daripada 13.0 saat) dan menggunakan bahan api 5.4 l/100 km pada kelajuan 90 km/j (bertambah baik daripada 6.0 l/100km).

Sementara itu, versi CVT mencatat 0-100km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat) dan menggunakan bahan api 5.6 l/100 km pada kelajuan 90 km/j (bertambah baik daripada 6.3 l/100km). Peningkatan yang dilakukan pada Persona (tapak enjin tiga punca untuk NVH lebih bagus dan ECU yang ditala semula untuk tindak balas lebih baik) turut dilakukan pada Saga.

Diasaskan daripada Saga model semasa – dengan jarak roda 2,465 mm yang sama – kereta baharu ini mendapat dimensi yang berlainan – lebih panjang (+74mm), lebih lebar (+9mm), dan lebih rendah (-11mm) – termasuk perubahan visual luar dan dalam. Proton juga menjadikan casis Saga 20 peratus lebih keras, serta memperkenalkan stereng yang lebih pantas (masih lagi menggunakan sistem hidraulik), penutupan pintu lebih ringan dan pakej pemanduan serta kawalan yang dipertingkat.

Bagi barangan standard, bermula dengan Saga Standard, datang dengan rim besi 13 inci (dengan penutup plastik), lampu kabus belakang, pengesan jarak hadapan dan belakang, dua beg udara, unit audio Single-DIN (dengan sambungan Bluetooth), tempat mengecas USB dan tapak cangkuk Isofix. Ia juga menggunakan cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat serta tempat duduk fabrik dan kemasan dalam bertemakan warna hitam.

Varian Executive yang terletak di pertengahan pula hanya didatangkan dengan pilihan transmisi CVT dan ia ditambah dengan unit audio Double-Din, cermin sisi (boleh dilaras secara elektronik), pemegang pintu dan hiasan belakang sama warna seperti badan, tiang B-pillar dicat hitam, lampu kabus hadapan dan penghadang angin pada but belakang. Penambahan lain adalah rim aloi 14 inci, kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng serta tempat duduk fabrik bercorak mesh.

Paling tinggi adalah varian Premium yang mempunyai kelebihan ciri Electronic Stability Control (ESC) dengan Hill-hold Assist, bersama rim aloi 15 inci dan hiasan belakang berwarna krom. Selain itu, pembeli Saga Premium juga akan menerima kamera undur yang paparannya keluar pada cermin pandang belakang (seperti pada model tinggi Exora), unit audio Double-DIN dengan butang kawalan di stereng, tempat duduk fabrik bercorak gelombang dan lebih lagi kemasan kelabu pada tombol gear.

Semua varian mempunyai lampu hadapan halogen Reflector (dengan tulisan Proton), tempat duduk belakang boleh lipat, gril hadapan krom serta ruang but (simpanan belakang) 420 liter (tujuh liter lebih daripada sebelumnya), bersama tahap keselamatan perlanggaran ASEAN NCAP empat bintang. Kesemuanya terdapat enam warna yang ditawarkan untuk Proton Saga 2016 iaitu hitam, merah, putih, kelabu (baharu), biru (baharu) dan perak. Setiap pembelian akan diberikan jaminan 3 + 2 tahun atau 150,000km, yang mana dahulu (sebelum ini tiga tahun/100,000km).

38-proton-saga-2016-dimensions-bm

Ini adalah pecahan varian secara terperinci:

2016 Proton Saga 1.3L Standard MT/CVT

Enjin 1.3 litre VVT
94 hp @ 5,750 rpm, 120 Nm @ 4,000 rpm
Ecodrive Assist
Lampu utama halogen Reflector
Lampu kabus belakang
Pengesan jarak hadapan dan belakang
Rim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)
Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat
Cermin sisi larasan manual
Tiang B-pillar warna badan
Kemasan dalam hitam
Stereng boleh dilaras ketinggiannya
Unit audio Single-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
Tempat mengecas USB
Tempat duduk fabrik serba hitam
Tempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilaras
Ruang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruang
Tempat duduk belakang boleh lipat
Tapak cangkuk Isofix
Dua beg udara
Brek cakera hadapan dan brek dram belakang

2016 Proton Saga 1.3L Executive CVT

Tambahan:
Brek ABS dengan EBD dan BA
Lampu kabus hadapan
Rim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)
Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badan
Cermin sisi berkuasa elektrik
Tiang B-pillar warna hitam
Penghadang angin pada but belakang
Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
Tempat duduk fabrik bercorak mesh
Poket belakang pada tempat duduk hadapan

2016 Proton Saga 1.3L Premium CVT

Tambahan:
Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)
Electronic Stability Control (ESC)
Hill-hold Assist
Unit audio Double-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
Kemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekeliling
Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
Kamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)
Butang kawalan audio pada stereng

31-proton-saga-2016-5-bm

Semua model mendapat pembaharuan ini:

Enjin 1.3 VVT (menggantikan IAFM+)
Prestasi manual – 0-100km/j dalam 12.2 saat (daripada 13.0 saat)
Penggunaan bahan api manual – 5.4 l/100 km pada 90 km/j (bertambah baik daripada 6.0 l/100km)
Prestasi CVT – 0-100 km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat)
Penggunaan bahan api CVT – 5.6 l/100 km pada 90 km/j (bertambah baik daripada 6.3l/100km)
Tapak enjin tiga punca untuk lebih kelancaran
ECU yang ditala semula untuk tindak balas CVT lebih baik
Tayar dengan rintangan golek lebih rendah, cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db)
Pakej pemanduan dan kawalan dipertingkat
Tahap keselamatan ASEAN NCAP empat bintang (daripada tiga bintang)
Steering rack lebih tepat dan pantas (nisbah 16:1 daripada 20:1)
Radius membelok lebih kecil (5.1 m berbanding 5.3 m)
Penutupan pintu lebih ringan (15 kgf berbanding 25 kgf)
Kuasa stereng lebih ringan (2.75 kgf berbanding 3.0 kgf)
Lebih tahan daya kilas (12,000 Nm/deg berbanding 10,000 Nm/deg)

Proton berharap dapat menjual 5,000 unit Saga setiap bulan selepas pelancarannya, dengan perancangan untuk mengeksport kenderaan ini ke pasaran ASEAN panduan sebelah kanan (pengeluaran eksport akan bermula empat bulan selepas pelancaran di Malaysia). Kami sudah memandu Proton Saga 2016 dan baca pandangan awal kami di sini. Apa pandangan anda tentang penawaran model baharu ini? Adakah anda lebih berminat untuk mendapatkannya berbanding Perodua Bezza? Luahkannya di dalam ruangan komen di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • HAIRI HASHIM on Sep 24, 2016 at 1:18 am

    MANTOPPP PROTON!!!

    Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 4
  • Roslan Ismail on Sep 24, 2016 at 6:49 am

    Proton Saga nama diberi,
    Munculnya memang kami nanti,
    Menjadi idaman muda mudi,
    Menjadi inspirasi dan pengubah persepsi.

    Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 2
  • Mantop proton. Sesuai untuk daily commute pegi keje. Pakej yg baik

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 2
  • Ahmadi Maliki Abdullah on Sep 24, 2016 at 7:34 am

    Fuh berbaloi jika dapat memiliki New Saga drp membeli Bezza….dgn rupa bentuk dinamik… adelah tepat menjadi pesaing Bezza… harga lagi murah…..

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 1
    • Zamani on Sep 24, 2016 at 1:11 pm

      Proton antara yg sesuai dgn ekonomi sekarang. Comei dan boleh bangga

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
    • Bang, ayat tu ubah sikit.. nampak sangat ayat terdesak dari seorg salesman Proton..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Luppy on Sep 24, 2016 at 8:25 am

    Lebih rendah, lebih lebar, lebih panjang, semestinya lebih stabil.

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 4
  • Azman Samad on Sep 24, 2016 at 8:40 am

    Penerangan yang bagus dan mudah difahami.
    terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 2
  • Berapa km/1 liter minyak? Sekiranya bezza blh mencapai >20km/1L.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Ashraff on Sep 24, 2016 at 9:39 pm

      Mmg la. Tgk body bezza la yg kecik dan agak penyek kiri kanan.. Mmg blh pergi >20km/1L. Tp on paper je lah.. Kalau ikut jalan Malaysia ni susah jgk nk dpt tu..

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
      • Jadahnye org atas aku ni.. Lebih kurang je la saiz Bezza dgn Saga ni.. Proton mmg kuat minyak sbb body lebih berat.. Lebih safety features compare dgn Perodua.. Bkn sbb rupa bentuk. Lol

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 4
  • Sekiranya bezza blh mencapai >20km/1L. Saga sekitar hampir 18km/1L. Bulehkirro la ni.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
  • Nasir on Sep 24, 2016 at 12:45 pm

    Satu proton tertinggal “push stop Button”.ini adalah trend utama yg patut diambil perhatian utama.sekarang ini ibarat anda membeli handphone yg lama.tidak menggunakan touch screen….engineer tidurrr…jgn jadi Nokia dan Blakberry…

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
    • Kembara Jalanan on Sep 24, 2016 at 9:14 pm

      Sepatutnya “key less entry with push start stop button” .. baru betoi

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • Ashraff on Sep 24, 2016 at 9:40 pm

      Push Stop Button ni blh pasang kt kedai ahbeng je berlambak dah…

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
      • Push start button yg dikesahkn..hahaha..btol kdai ahbeng pn da besepah..rm 100 xsmpai siap wiring (utk yg cikai punya lah)

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Klu pasang di kedai ah beng, nanti warranty boleh batal bro!

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Klu Proton guna Push stop button maknanya Proton jenama pertama di dunia yg menggunakannya.. Biasanya jenama lain guna Push START button je…

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Saya berminat klu murah dr bezza. Minyak lbh jimat, lbh performance. Maklumle zaman matawang jatuh ni smua kene ambik kira. Nk hutang lama tu at least 9 thn. Biar la dia bertahan dn lasak.Dn harap proton lbh tingkatkan kualiti

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
    • Lebih murah, lebih jimat, lebih prestasi… Perhhhh… Agak2 la

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Ashraff on Sep 24, 2016 at 9:42 pm

        Bukan mudah nak memenuhi permintaan semua org… Org tetap kata.. Wah bezza but besar… Hehe…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Kalau saga ni, lebih byr 5 tahun saja bro.. jgn loan pjg sehingga 9 tahun.. tak mampu 5, buat paling lama 7 tahun saja.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Jalal on Sep 24, 2016 at 9:06 pm

    Syabas Proton, rekabentuk dynamik, harga murah ada ciri keselamatan, memang bakal jadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Mohd. Arof on Sep 25, 2016 at 12:02 am

    Hope to get a chance to see the model soon at the nearest show room. And hope the price is right affordable for all.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • rosli on Sep 25, 2016 at 12:14 am

    Harap gegaran enjin di dashboard dpt dikurangan 100% dan quality aircond apabila cuaca tghari di Malaysia dpt bacaan sejuk yg memuaskan pemanduan.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • kacangkuda on Sep 25, 2016 at 8:50 am

    produa bezza terlalu tinggi pada pandangan belakang.
    proton saga nmpak lbih mantop

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Kamaruzaman Mohammad on Sep 26, 2016 at 5:27 pm

    Rekabentuk luaran model saga lebih sempurna, menarik dan boleh diterima berbanding bezza. Secara keseluruhan dari segi prestasi, keselamatan, kemasan dan ekonomik, saya berani beri 4 bintang kepada saga & 3 kepada bezza.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Just few months got the saga plus, then….. the new model come out….. how unlucky me, uwaaaa!!!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required