3,170 saman dikeluarkan dalam Operasi Terancang serentak di lima negeri – kesalahan had laju terbanyak

operation-ops-police-overdue-summons-foreigner-pdrm

Satu operasi jalan raya yang diberi nama Operasi Terancang telah pun dijalankan serentak di lima buah negeri iaitu Johor, Kedah, Pahang dan Perak yang bermula pada 10 malam hingga 12 tengah malam kelmarin.

Ope­ra­si ini turut di­sertai oleh Ja­batan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ), Agensi An­tidadah Ke­bang­saan (AADK), Bahagian Narkotik Polis Diraja Ma­laysia (PDRM). Sebanyak 3,170 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, laporan Utusan Malaysia.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Ruslan Khalid, kebanyakan saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan melebihi had laju.

“Daripada jumlah itu, 1,115 saman dikeluarkan kerana kesalahan melebihi had laju, manakala selebihnya membabitkan kesalahan lebih had muatan, tiada lesen memandu dan lain-lain,” ujarnya kepada pihak media.

Dalam operasi yang dijalankan di Plaza Tol Sungai Besi (Kuala Lumpur), Bukit Gambir (Johor), Gurun (Kedah), Gunung Semanggol (Perak) dan Temerloh (Pahang), PDRM turut me­laksanakan pelbagai pendekatan termasuklah menggunakan alat pengimbas nombor plat ken­deraan automatik (ANPR) bagi mengesan pesalah trafik.

Menurut Ruslan, ANPR ternyata memberikan impak yang besar apabila 2,000 pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak berjaya dikesan dalam satu operasi di Johor, baru-baru ini. Alat ini akan mengesan nombor plat kenderaan dan beberapa saat kemudian mengeluarkan data-data pesalah trafik yang mempunyai saman serta waran tangkap selain senarai hitam.

“Malah dengan 20 unit ANPR dari Amerika Syarikat ini yang dimiliki JSPT, kita berjaya mengesan dan mengenal pasti 87 kes yang melibatkan kenderaan curi serta kes-kes jenayah,” jelas beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required