malaysia-bajet-2017-feature_bm

Belanjawan Malaysia 2017 (Bajet 2017) akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada pukul 4 petang hari ini. Kami akan melaporkan apa-apa jua berita berkenaan industri automotif yang terkandung dalam ucapan pembentangan bajet tersebut di sini. Adakah insentif istimewa untuk pembeli kereta pertama atau untuk kenderaan elektrik?

Nantikan laporannya di sini.

  • Pinjaman pembelian motosikal untuk kakitangan kerajaan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.
  • Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, melibatkan 7,500 kampung seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
  • 616 km jalan kampung dan jambatan akan dibina dan dinaik taraf bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar dengan peruntukan RM1.2b.
  • Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6b disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia.
  • Bagi pemandu teksi, geran RM5 ribu untuk membeli kenderaan baru dan permit teksi individu diberikan, manfaatkan 12,000 ribu pemandu. Kerajaan memperuntukkan RM60 juta untuk tujuan ini.
  • Geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal. Pemandu teksi perlu mencarum kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja berlaku, mereka layak menuntut PERKESO. Jika pemandu meninggal dunia, waris akan terima Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 – RM2,655 sebulan.
  • Bagi membantu B40 khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, Kerajaan menggalakkan penyertaan sebagai pemandu ride-sharing seperti Uber. Pendapatan boleh mencecah RM1,500/bulan jika memandu separuh masa 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu. Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat mengguna BR1M dan rebat RM4 ribu bagi pembelian Proton Iriz.
  • RM29 juta untuk menaiktaraf sistem perparitan dan membina dua Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan.
  • Bagi merangsang pelaburan swasta, projek-projek infra akan dilaksana seperti menaiktaraf Jalan Lok Kawi-Pengalat- di Papar Sabah, Jln Kg Keruak-G.Musang-K.Berang dan membina Jambatan Batang Lupar, Sri Aman serta Projek Pembangunan Semula Stesen Janakuasa Sandakan.
  • Untuk pengangkutan awam, kerajaan akan melaksanakan projek rel baharu East Coast Rail Line sepanjang 600 km menghubungkan dari Lembah Klang ke Pantai Timur. RM55 bilion diperuntukan untuk tujuan ini.
  • Perlaksanaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak dipergiatkan.
  • Landasan keretapi jajaran Gua Musang-Tumpat dibaikpulih dengan peruntukan RM100 juta.
  • Kekerapan Tren ETS akan ditingkatkan dengan tambahan 19 set tren secara berperingkat sehingga tahun 2019.

Setelah lebih dua jam pembentangan ini dijalankan, jelas, tiada sebarang insentif untuk pengurangan harga kereta seperti skim pembelian kereta pertama mahupun pengurangan cukai untuk kereta mesra alam. Tetapi tentunya BR1M yang boleh digunakan sebagai duit muka bagi membeli Proton Iriz untuk tujuan memandu perkhidmatan ride-sharing dan peruntukan memperbaiki lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan pastinya memberikan sesuatu yang positif untuk sebahagian dari anda.