Caj jalan raya bagi kereta Singapura mulai 1 Nov 2016

johor-causeway-jam-bernama-pix-630x388

Kerajaan Malaysia akan tetap melaksanakan caj jalan raya (RC) bagi kenderaan Singapura yang memasuki Malaysia kerana ia juga turut dilaksanakan secara berperingkat di kesemua 12 laluan pintu masuk negara.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, pelaksanaan ini bukanlah bersifat diskriminasi kerana pelaksanaan RC bermula 1 November ini telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakan sejawatannya di Singapura, laporan Bernama.

“Singapura telah mula mengutip RC lebih lama daripada kita, sejak berpuluh tahun lalu. Malaysia baru saja hendak mula. Bukan setakat Singapura, kita juga akan lakukan perkara yang sama di laluan pintu masuk kita di Thailand, Brunei dan Indonesia. Setiap kenderaan akan dicaj sebanyak RM20,” ujar Liow bagi mengulas laporan mengenai Singapura mungkin akan mengenakan caj yang bertepatan kepada kenderaan Malaysia sekiranya mendapati caj yang dikenakan mendiskrimasi kenderaan Singapura.

Katanya lagi, kerajaan negeri akan menerima 25% atau RM5 daripada caj RM20 yang dikenakan ke atas semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing dari Singapura.

Setakat Julai lalu, sebanyak 144,000 kenderaan dari Singapura mendaftar dengan sistem Permit Masuk kenderaan (VEP) dan dianggarkan 60% daripada satu juta kenderaan yang keluar masuk Malaysia melalui dua pintu keluar masuk dalam tempoh sebulan merupakan kenderaan dari Singapura.

VEP yang dicadangkan pada 2006, sepatutnya bermula pada 16 Julai dengan mengenakan bayaran RM20 bagi kenderaan asing memasuki Johor, tetapi telah ditangguhkan sebanyak empat kali sebelum ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required