R&R Gombak Lebuhraya Karak menghala ke KL akan ditutup buat sementara waktu 9-17 November ini

karak-gombak-rnr-closure_bm

Anih Berhad, syarikat konsesi yang menguruskan Lebuhraya KL-Karak hari ini telah membuat pengumuman berkenaan penutupan sementara R&R Gombak menghala ke Kuala Lumpur di Lebuhraya berkenaan bagi tujuan tingkat taraf jalan dan juga tempat parkir di kawasan rehat itu.

R&R berkenaan akan ditutup dalam dua peringkat. Peringkat pertama bermula November 9-10 yang mana untuk peringkat ini bahagian tempat parkir lori dan kenderaan berat lain akan ditutup manakala kenderaan ringan masih lagi dibenarkan masuk ke kawasan rehat. Peringkat kedua pula bermula November 14-17, melibatkan penutupan keseluruhan R&R berkenaan termasuk premis-premis F&B, tandas dan juga surau.

Notis penutupan ini turut akan disiarkan pada papan elektronik VMS sepanjang lebuhraya berkenaan dan pengguna dinasihatkan berhati-hati di kawasan tersebut serta mematuhi arahan tanda jalan dan marshal bertugas.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required