Pirelli Angel Scooter dan Diablo Rosso Scooter dibawa ke EICMA – tayar skuter dengan kelebihan tersendiri

pirelli-angel-scooter-e-diablo-rosso-scooter-1-bm

Pirelli hadir ke EICMA dengan dua tayar baru tahun ini dan ia adalah khas untuk motosikal jenis skuter, iaitu Angel Scooter dan Diablo Rosso Scooter. Kedua-duanya membawa sifat seperti barisan produk yang menggunakan nama sama (Angel dan Diablo), tetapi untuk motosikal jenis lain.

Angel Scooter disasarkan kepada pengguna yang banyak bergerak di dalam kawasan urban kerana ia direka supaya lebih selesa dengan bunga yang dapat menyerap hentakan secara baik, prestasi yang terjamin termasuk di atas jalan basah hasil penggunaan bahan silika lebih tinggi dan memudahkan pengendalian dengan adanya profail radius lebih luas.

Diablo Rosso Scooter pula lebih sesuai untuk mereka yang mahukan ciri sports dan prestasi tinggi bagi skuter, sama seperti tayar Diablo Rosso III yang dibuat untuk motosikal sports. Tayar ini mampu memberikan keyakinan apabila mengambil selekoh, stabil pada kelajuan tinggi, mempunyai cengkaman yang terbaik dalam pelbagai keadaan dan boleh bertahan lama.

Kedua-dua tayar ini akan mula dipasarkan awal tahun hadapan dan Pirelli menyediakan pilihan saiz yang luas; 10 hingga 16 inci untuk Angel Scooter dan 14 hingga 16 inci untuk Diablo Rosso Scooter.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required