Perodua nafi dakwaan isu stereng terkunci pada Axia

Perodua_Axia_Ext-4

Ingat lagikah anda mengenai isu ‘stereng terkunci’ yang berlaku pada Perodua Axia yang menjadi viral beberapa bulan lepas? Nampak gayanya isu ini masih diperkatakan lagi, malah kembali menjadi viral di laman media sosial. Ekoran itu, Perodua telah menyebarkan kenyataan media rasmi dari pengarah urusannya Datuk Dr. Zahari Husin. Berikut adalah kenyataan penuh dari Perodua:

Perodua-Axia-stereng-lock

Isu ini menjadi viral susulan satu kemalangan yang berlaku di Pulau Pinang pada Jun lalu. Menurut dakwaan pemandu terbabit, kemalangan tersebut berlaku ketika hujan dan dia hanya memandu sekitar 70 hingga 80 km/j di Jambatan Kedua Pulau Pinang. Namun secara tiba-tiba sterengnya “terkunci” dan tidak boleh dipusingkan. Dia terpaksa membrek namun ia tidak berfungsi, malahan beg udaranya juga tidak terkeluar selepas keretanya terlanggar penghadang jalan, dakwaannya.

Walau bagaimana pun, Perodua telah menjalankan satu ujian terperinci telah pun dijalankan ke atas kereta terbabit. Hasil ujian tersebut mendapati sistem brek, beg udara dan stereng pada kereta itu berfungsi sepenuhnya. Malah berkata, telah lebih 200,000 unit Axia dijual sejak ia dilancarkan pada September 2014, dan pihaknya mengesahkan sehingga kini (ketika kejadian tersebut), tidak pernah menerima sebarang aduan mengenainya daripada pelanggan.

Menurut Perodua lagi, hasil siasatan tersebut menunjukkan keempat-empat tayar pada kereta terbabit botak, dengan tiga daripadanya hanya tingga 1 mm kedalaman bunga. Alasan beg udara tidak berfungsi bagi kes ini pula disebabkan impak hadapan yang lemah atau impak akibat pelanggaran tersebut telah diserapkan oleh struktur badan kereta tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Silthice on Nov 17, 2016 at 11:10 pm

    Dari rata-rata pengguna yang mengalami masalah/situasi ini berkata bahawa seolah-olah kenderaan tersebut hilang kuasa elektrik dan menyebabkan beberapa alat elektronik seperti odometer, lampu, pendingin hawa, power window dan signal tidak berfungsi serta stereng terkunci kerana stereng telah kehlilangan kuasa “EPS”.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Celicazz on Nov 18, 2016 at 12:26 am

      Bila masa pulak kalau EPS tu tak dpt electrical supply dia jadi lock terus?

      Ramai tak faham macamana fungsi EPS ni.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required