Kementerian Kerja Raya mula uji sistem penghadang keselamatan baharu, guna teknologi dari Korea

Kementerian Kerja Raya mula uji sistem penghadang keselamatan baharu, guna teknologi dari Korea

Jika anda dari arah Terminal SkyPark Subang dan menuju ke Lebuhraya Persekutuan, di bahagian selekoh sebelum memasuki lebuhraya berkenaan, anda pasti akan perasan penghadang dengan silinder kuning yang bertindak sebagai penampan.

Ia bukanlah sekadar hiasan; penghadang dengan silinder yang boleh berpusing itu merupakan ciri keselamatan baharu bagi penghadang dan pembahagi laluan di jalan raya, dan sedang diuji oleh pihak Kementerian Kerja Raya.

Memetik laporan The Malay Mail, sistem berkenaan terdiri daripada tiub besi kukuh yang di antaranya diletakkan silinder plastik yang akan bertindak selaku penyerap hentakan yang akan berputar, sudah dipasang sepanjang 100 meter dikawasan berkenaan – ia mampu menyelamatkan nyawa pengguna yang terlibat dalam kemalangan.

Menurut kementerian berkenaan, ia merupakan projek pemula sebagai usaha untuk meningkatkan standard keselamatan jalan raya di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan, penghadang jalan baharu ini sudah dipasang sejak 7 Disember lalu.

Ia ditempatkan di situ kerana statistik menunjukkan kawasan berkenaan merupakan antara kawasan kerap kemalangan. Penghadang dengan silinder berkenaan tidak hanya berfungsi sebagai penyerap impak ketika kemalangan, tetapi ia juga menghalang kenderaan daripada terbabas ke sisi yang satu lagi, atau ke laluan bertentangan.

“Kami akan meninjau keberkesanan penggunaan penghadang keselamatan ini dalam tempoh tiga bulan dan akan menyediakan laporannya selepas itu. Setakat ini, masih belum ada kemalangan yang dilaporkan di kawasan ini sejak ia dipasang awal Disember lalu,” jelas Fadillah.

Jika pemerhatian menunjukkan penggunaan penghadang keselamatan di kawasan ini positif dan berkesan, ia mungkin akan dilanjutkan ke kawasan-kawasan berisiko tinggi terhadap kemalangan di lokasi lain. Ia merupakan teknologi yang dibangunkan oleh syarikat ETI Korea.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • memang bagus alat ni.. tapi untuk kenderaan besar.. untuk motorsikal sama juga bahaya.. sebab roller tu berada di atas tinggi.. dan besi palang² yg besar tu berada di bawah jadi impak kepada penunggang sama.. cuma tak putus anggota sahaja.. elok besi tu di tukar dan ditanam kemudian roller tu boleh berada di atas tanah dengan gap sekitar 2-3 inci.. itu lebih selamat

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required