Toyota Hilux 2.4G STD kini diperkenal, dari RM105k

Toyota Hilux 2.4G STD kini diperkenal, dari RM105k

UMW Toyota Motor telah memperluaskan lagi barisan untuk Hilux, kini dengan lapan varian, terkini diperkenalkan dua varian baharu iaitu 2.4G STD MT 4×4 dan 2.4G STD AT 4×4, dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding versi sebelum ini 2.4G MT 4×4 dan 2.4G AT 4×4.

2.4G STD MT 4×4 ditawarkan pada harga RM105,256, iaitu kurang RM1,372 berbanding 2.4G MT 4×4, manakala bagi 2.4G STD AT 4×4 pula berharga RM114,808, kurang RM3,490 berbanding 2.4G AT 4×4. Kedua-duanya dijanakan oleh enjin 2.4 liter 2GD-FTV turbodiesel yang mampu menghasilkan kuasa 150 hp pada 3,400 rpm dan tork 400 Nm antara 1,600 dan 2,000 rpm. Penjana kuasa ini dipadankan sama ada dengan transmisi manual atau automatik enam-kelajuan, bersama sistem pacuan empat-roda.

Berbanding varian 2.4G 4×4, 2.4G STD tidak didatangkan dengan jaluran pada badan dan door visor, kit kecemasan dan kunci roda simpanan, dan dipadankan dengan unit utama 2-DIN berbanding unit infotainmen skrin sesentuh 6.1-inci.

Toyota Hilux 2.4G STD kini diperkenal, dari RM105k

Klik untuk besarkan

Selain itu, 2.4G STD MT 4×4 menerima tempat duduk pemandu dengan enam-cara pelarasan manual, sementara 2.4G STD AT 4×4 pula lapan-cara pelarasan elektronik. Bukan itu sahaja, 2.4G STD MT menerima tempat duduk balutan fabrik upholstery sama seperti 2.4G MT. Begitu juga dengan 2.4G STD AT dipadankan dengan tempat duduk balutan kulit seperti 2.4G AT.

Elemen lain yang tidak disertakan termasuklan foot lamp dan perakam video digital pada 2.4G STD AT, di mana ia merupakan standard bagi 2.4G AT. Bagi aspek keselamatam, hanya varian automatik bagi 2.4G STD, 2.4G dan 2.8G didatangkan dengan Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRC), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC).

Mengikut risalah spesifikasi, elemen lain yang masih dikekalkan, seperti varian 2.4G termasuklah aloi 17-inci, paparan pelbagai-info, operasi tanpa kunci, roda stereng balutan kulit, tiga beg udara, pengesan undur dan suis mod pemanduan. Untuk maklumat lanjut mengenai perincian bagi setiap varian Hilux, sila layari Carbase.my.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required