SPYSHOT: Lamborghini Huracan Superleggera, Spyder Performante diuji sebelum tampil di Geneva 2017

Sebelum bermulanya Geneva Motor Show 2017, Lamborghini kini dilihat sedang giat menjalankan ujian cuaca sejuk di utara Sweden terhadap dua versi baharu Huracan iaitu versi ‘hardcore‘ Huracan Superleggera dan juga versi soft-top yang dijangka bakal menggunakan nama Spyder Performante.

Seperti juga versi Superleggera model Lamborghini yang lain, ia dijangka bakal menampilkan berat keseluruhan yang lebih ringan dan juga tambahan kuasa kuda pada enjin. Unit Huracan Superleggera yang diuji ini kelihatan sama seperti unit yang di uji di litar sebelum ini, tetapi ia menggunakan rim nat-tunggal menggantikan rim dengan lima-nat konvensional pada Huracan standard.

Bahagian dalaman masih lagi belum kelihatan, tetapi boleh dijangka (juga merujuk pada model-model sebelum ini) ia akan dipadankan dengan tempat duduk bucket penuh perlumbaan (tidak boleh dibaringkan), kemasan dan panel-panel gentian-karbon yang lebih banyak serta balutan upholsteri Alcantara bakal mendominasi kabin Huracan Superleggera ini.

SPYSHOT: Lamborghini Huracan Superleggera, Spyder Performante diuji sebelum tampil di Geneva 2017

Sistem suspensi yang lebih fokus terhadap pemanduan litar serta sistem brek yang lebih efisien juga dijangka bakal diberikan pada Huracan Superleggera. Sebagai panduan, Lamborghini Gallardo Superleggera LP570-4 dibina 70 kg lebih ringan, serta menerima kuasa kuda 10% lebih kuat berbanding model standardnya.

Model Spyder Performante yang diuji kali ini juga dilihat hampir serupa dengan Superleggera, menampilkan aerodinamik yang lebih agresif dengan splitter hadapan dan diffuser belakang yang lebih dalam serta spoiler belakang yang tinggi dan diberikan sudut condong yang agak besar. Tip ekzos berkembar dibahagian tengah turut ditempatkan pada kedudukan lebih tinggi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required