Konsep Nissan Fairlady Z baharu bakal muncul tahun ini di Tokyo, model produksi mungkin cecah 500 hp

Konsep Nissan Fairlady Z baharu bakal muncul tahun ini di Tokyo, model produksi mungkin cecah 500 hp

Nissan Fairlady Z generasi keenam – 370Z Z34 kini sudah pun hampir lapan tahun dalam pasaran dan sepatutnya bakal digantikan dengan model generasi baharu. Oleh itu, Nissan telah pun mengumumkan model konsep lagenda Z generasi baharu bakal muncul pada Tokyo Motor Show, Oktober tahun ini, menurut laporan Car and Driver.

Mengikut sumber berkenaan, Nissan Fairlady Z generasi baharu tersebut bakal mengekalkan bentuk coupe tradisinya, serta menerapkan rekaan dari Nissan GT-R terkini serta lebih bersegi. Walau bagaimanapun, model ini bakal direka dengan jarak roda lebih pendek kerana ia akan diasaskan dari platform FR-L, platform yang sama digunakan oleh Infiniti Q60.

Konsep Nissan Fairlady Z baharu bakal muncul tahun ini di Tokyo, model produksi mungkin cecah 500 hp

Tiga unit janakuasa bakal diberikan pada Fairlady Z baharu ini, di mana model varian asas bakal diberikan enjin 3.0 liter V6 berkuasa 300 hp dan juga tork 400 Nm. Varian pertengahan pula bakal diberikan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar yang diambil dari Infiniti Q60 Red Sport yang berkuasa 400 hp/475 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac-berkembar tujuh-kelajuan. Ini membolehkan varian tersebut bakal bersaing dengan Porsche 718 Boxster dan juga BMW M2.

Varian paling tinggi pula bakal diberikan unit janakuasa hibrid dengan menggabungkan enjin 3.0 liter V6 yang sama dan kotak klac berkembar, digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 160 hp, menjadikan kuasa keseluruhannya mencecah 500 hp. Setelah model konsep ini membuat kemunculannya kelak, model produksi sebenar Fairlady Z generasi ketujuh dijangka bakal mula dijual pada tahun 2019.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required