Perkhidmatan teksi motosikal tidak selamat; umpama langkah ke belakang untuk Malaysia – menteri

Perkhidmatan teksi motosikal tidak selamat; umpama langkah ke belakang untuk Malaysia – menteri

Mengapa kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia? Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, ia merupakan langkah kebelakang bagi Malaysia, seperti dilaporkan oleh The Malay Mail Online semalam.

Alasannya, beliau menyifatkan langkah membenarkan perkhidmatan itu beroperasi di sini, seperti yang ada di Indonesia dan Thailand ketika ini, akan membantutkan perancangan Malaysia sebagai negara moden. “Kita tidak mahu melangkah ke belakang seperti Jakarta atau Bangkok. Kita ingin menjadi maju seperti Singapura atau London dengan rangkaian pengangkutan awam yang lebih teratur,” jelasnya.

“Kita tidak mahu menjadi bandar dengan standard yang lebih rendah seperti Jakarta, Indonesia yang bergantung kepada motosikal sebagai kaedah pengangkutan awamnya. Kita tak mahu Kuala Lumpur menuju ke arah itu,” tambahnya.

Perkhidmatan teksi motosikal tidak selamat; umpama langkah ke belakang untuk Malaysia – menteri

Mengulas tentang Dego Ride, syarikat tempatan yang menawarkan perkhidmatan teksi motosikal di Lembah Klang, Ab Aziz menyatakan motosikal adalah terlalu bahaya untuk digunakan sebagai pengangkutan awam. “Kita tak pernah membenarkan motosikal diguna sebagai perkhidmatan teksi. Ini di atas sebab-sebab keselamatan, terlalu banyak faktor yang merbahaya,” tambahnya lagi.

Beliau turut menegaskan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan terhadap Dego sekiranya syarikat itu terus berdegil menawarkan perkhidmatannya. Tegasnya, motosikal hanya bertujuan digunakan sebagai kenderaan persendirian, dan bukannya sebagai teksi. Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan perkhidmatan teksi motosikal ini tidak akan dibenarkan di Malaysia.

Sebagai alternatif, Ab Aziz mencadangkan Dego mengubah kaedah perkhidmatan mereka, dengan memberi fokus kepada kereta dengan kapasiti enjin 1,500 cc ke bawah sebagai teksi mini. “Perkhidmatan teksi dengan kereta berkuasa rendah ok, tetapi menggunakan motosikal untuk tujuan itu terlalu bahaya,” ujarnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required