AWAS, KEJARA bakal dilaksanakan mulai 1 Apr ini

AWAS, KEJARA bakal dilaksanakan mulai 1 Apr ini

Implementasi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang telah ditangguhkan beberapa kali, bakal dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 1 April ini.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan KEJARA itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan, laporan Bernama

“Kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat. Tahun lepas sahaja, angka kemalangan terutamanya kemalangan maut yang kita harapkan menurun, meningkat sehingga 10%,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Dengan pelaksanaan gabungan dua sistem berkenaan, Ab Aziz berkata ia sekali gus menunjukkan kerajaan sangat serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut.

Pesalah yang melanggar undang-undang lalu lintas kali pertama akan dipotong mata demerit serta diberi amaran manakala kesalahan kedua akan disaman dan sekiranya masih lagi melakukan kesalahan, lesen memandu mereka akan digantung.

Selain itu, apabila dua sistem itu diselaraskan, pesalah trafik yang gagal membayar saman akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu secara automatik.

Pelaksanaan kedua-dua sistem itu juga akan turut memberi tumpuan terhadap kesalahan lalu lintas melanggar lampu isyarat serta memandu melebihi had laju dibenarkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required