Polis Johor adakan operasi bagi membanteras lumba haram – 88 kompaun dikeluarkan, 48 kenderaan disita

Polis Johor adakan operasi bagi membanteras lumba haram – 88 kompaun dikeluarkan, 48 kenderaan disita

Malam minggu baru-baru ini, Polis Johor telah mengadakan operasi bagi membenteras lumba haram di sekitar kawasan Kempas, berhampiran jalan susur ke Bandar Dato Onn.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Supt Dzulkhairi Mukhtar, dalam operasi terbabit seramai 360 individu dan 335 kenderaan diperiksa dalam operasi bermula pada pukul 11 malam sehingga 6 pagi, laporan Bernama.

“Daripada jumlah itu, empat lelaki ditahan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan, empat orang lagi kerana positif dadah dan dua orang ditahan mengikut Seksyen 28 Kanun Prosedur Jenayah atas kesalahan gagal memberi keterangan munasabah,” ujarnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dzulkhairi berkata polis turut menyita 47 motosikal dan sebuah kereta bagi pemeriksaan lanjut. Pada masa sama, sebanyak 88 keping saman juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Operasi dijalankan kerana mendapat aduan daripada orang ramai bahawa kawasan berkenaan sering digunakan ‘Mat Rempit’ untuk mengadakan lumba haram. Ia turut melibatkan 109 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta pihak Plus Wilayah Selatan.

“Pihak polis menasihatkan orang awam untuk tidak terlibat dengan gejala tidak bermoral ini yang bukan sahaja membahayakan diri malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Operasi seperti ini akan terus dilaksanakan bagi membanteras gejala ini sepenuhnya,” kata beliau.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required