
Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa bagi tempoh antara 25 hingga 30 Jun 2026, harga runcit bagi petrol RON97 diturunkan sebanyak 25 sen seliter kepada RM4.10 seliter.
Begitu juga dengan RON95 tanpa subsidi yang diturunkan sebanyak 25 sen seliter menjadi RM3.47 seliter. Namun RON95 di bawah program Budi95 masih dikekalkan kepada RM1.99 seliter.
Manakala harga runcit bagi bahan api diesel untuk pasaran Semenanjung Malaysia juga akan diturunkan sebanyak 30 sen seliter, menjadi RM4.07 seliter. Untuk pasaran Sabah dan Sarawak, harganya masih dikekalkan pada RM2.15 seliter.
Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Kerajaan akan melaksanakan Budi Diesel mulai 1 Julai 2026 bagi menyeragamkan pelaksanaan subsidi diesel di seluruh negara. Melalui mekanisme ini, pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak akan menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter menggunakan MyKad, manakala subsidi diesel bagi sektor strategik dan kritikal seperti nelayan, petani kecil, sektor komoditi dan pengangkutan awam darat terus dikekalkan.
