Kajian mendalam diperlukan sebelum naikkan had laju

Kajian mendalam diperlukan sebelum naikkan had laju

Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan had kelajuan 110 km/j di lebuhraya. Bagaimanapun, ia memerlukan kajian yang mendalam terlebih dahulu, melibatkan perbincangan bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Bernama melaporkan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan; “Bagi menentukan had kelajuan di lebuhraya, ia bukanlah tertakluk kepada bidang kuasa JKR sahaja, tetapi turut melibatkan JKJR dan Miros yang mempunyai sudut pandangan berbeza dan mementingkan faktor keselamatan.”

“Kami melihatnya lebih kepada aspek keselamatan, kerana lebuhraya kita direka untuk menampung kelajuan maksimum hanya pada kadar 120 km/j. Itu pun, ada yang memandu sehingga 200 km/j, dan tambahan pula, kadar kemalangan di Malaysia sangat tinggi,” katanya.

Fadillah juga sedia maklum bahawa kemalangan jalan raya disebabkan oleh banyak faktor lain. Namun, hasil kajian JKJR dan Miros turut mendapati bahawa kelajuan juga menjadi antara faktor utama menyebabkan kemalangan.

Beliau menyentuh tentang perkara ini ketika sidang Dewan Rakyat semalam. Selain itu, kementeriannya juga telah mengarahkan semua pengendali konsesi tol untuk menaiktaraf sistem bayaran elektronik yang digunakan. Ini bertujuan untuk melancarkan lagi urusan di plaza tol, dan sekiranya ada litar pada sistem yang bermasalah, ia adalah masalah terpencil dan tidak sepatutnya mengganggu keseluruhan sistem berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Kalau naik had laju sampai 300kmh sekalipon, masih akan jd masalah sbb pemandu kat mesia ni bangang… takleh nak beza lorong laju, lorong memotong, lorong santai ngan lorong kecemasan….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Azlan on Mar 26, 2017 at 10:18 am

    Tak yah ler nak kaji2 dah … sebelum ini sudah beberapa kali cadangan ni diutarakan sejak lebuhraya utara selatan mula digunakan .. sampai sekarang tak naik2 jugak had laju

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required