India haramkan terus penjualan kenderaan yang diberikan penarafan standard emisi Euro 3 ke bawah

India haramkan terus penjualan kenderaan yang diberikan penarafan standard emisi Euro 3 ke bawah

Mahkamah Tinggi India telah mengharamkan terus penjualan kenderaan yang hanya menerima penarafan standard emisi Bharat Stage (BS) 3 di negara berkenaan, yang sama dengan standard emisi Euro 3 pada kenderaan Eropah keluaran antara 2000 hingga 2005.

Laporan Reuters menyebut, mahkamah berkenaan, dalam penghakimannya yang telahpun berkuatkuasa sejak 1 April, menyatakan tahap kesihatan rakyat lebih diutamakan berbanding kerugian yang akan dialami oleh mana-mana syarikat.

Pada tahun 2015, India telah mengumumkan bahawa pembuat kenderaan perlu menghasilkan kenderaan yang memenuhi standard emisi Euro-4 bermula 1 April 2017, kerana ia bakal mengurangkan kadar pencemaran. Walau bagaimanapun, pada waktu itu, ia tidak menyatakan bahawa larangan untuk penjualan kenderaan dengan standard emisi Euro 3 akan dikuatkuasakan pada hari yang sama. Buat masa sekarang, kenderaan yang memenuhi standard BS 4 (atau Euro 4) telah pun dijual pada negeri-negeri terpilih di India.

Langkah yang tidak dijangka diambil oleh India ini telah menyebabkan banyak saham pengeluar kenderaan utama di negara berkenaan jatuh. Saham pengeluar motosikal Hero MotoCorp telah jatuh sebanyak 4.4%, saham pengeluar trak Ashok Leyland jatuh 6.6%, manakala untuk Tata Motors pula jatuh hampir 2%.

Kejatuhan berkenaan adalah kerana lambakan stok yang banyak banyak dan tidak lagi boleh dijual, di mana firma broker dari Mumbai – Angel Broking mendakwa lebih dari 800,000 kenderaan BS 3 terjejas, bernilai lebih dari 120 bilion rupee (RM8,188,419,450). “Berberapa hari sebelum tarikh akhir, mereka kata anda tidak lagi boleh jual. Saya tidak rasa inventori sebanyak ini boleh dijual dalam masa berberapa hari selepasnya,” kata Vinod Dasari, Presiden Persatuan Pengeluar Automobil India (SIAM) dan juga pengarah urusan Ashok Leyland.

Untuk pengetahuan anda, kereta penumpang di Malaysia setakat ini hanya disyaratkan untuk melepasi standard emisi Euro 2 sahaja.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Alson P on Apr 04, 2017 at 12:33 am

    Tindakan yang kurang baik untuk ekonomi dalam jangka Masa pendek.. Tatapi untuk jangka Masa panjang ianya tindakan yang paling bijak..
    Yang sebaiknya untuk ekonomi jangka panjang Dan sederhana adalah dengan mengurangkan atau menaikkan cukai, contohnya..
    Kereta yang mencapai :-
    -standard euro7 dikecualikan semua duti eksais/import atau 0%
    -standard euro6 dikenakan 10% duti eksais/import
    standard euro5 dikenakan 20% duti eksais/import
    -standard euro4 dikenakan 40% duti eksais/import
    -standard euro3 dikenakan 80% duti eksais/import
    -standard euro 2 dikenakan 160% duti eksais/import/roadtax 320%

    Menggalakkan perlumbaan teknologi dan perang harga Kenderaan baru

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required