Mitsubishi ASX 2018 bakal diperkenalkan di New York

Mitsubishi ASX 2018 bakal diperkenalkan di New York

Mitsubishi bakal memperkenalkan model ASX 2018 (atau lebih dikenali sebagai Outlander Sport di Amerika Syarikat) di New York Motor Show yang akan membuka tirainya pada minggu hadapan. Model crossover facelift ini telah ditampilkan sedikit peningkatan imej yang lebih segar.

Bagi bampar hadapan dan belakangnya juga telah diberi sedikit perubahan dengan lebih banyak lubang bagi pengaliran udara yang lebih optimum. Malah bahagian hadapannya juga ditampilkan dengan sepasang lampu nyalaan siang LED baharu. Ia juga menerima warna badan baharu yang dinamakan sebagai “Alloy Silver”.

Mitsubishi ASX 2018 bakal diperkenalkan di New York

Manakala bagi bahagian kabinnya, ia menerima skrin sesentuh tujuh-inci baharu untuk sistem infotainmen yang turut berfungsi dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Mitsubishi juga telah melakukan sedikit kemaskini pada bahagian tuil gear dan konsol lantai.

ASX 2018 ini juga didatangkan dengan pilihan Touring Package yang terdiri daripada bumbung panoramik dan beberapa elemen sistem bantuan dan keselamatan, termasuklah Amaran Penukaran Lorong, Pengurangan Pelanggaran Hadapan dan juga Lampu Tinggi Automatik. Selain itu, bagi memantapkan lagi keselamatannya, Mitsubishi juga menampilkan kamera belakang yang yang lebih berteknologi tinggi serta telah mempertingkatkan tahap NVH (noise, vibration & harshness).

Mitsubishi ASX 2018 bakal diperkenalkan di New York

Walau bagaimana pun, Mitsubishi masih tidak mendedahkan sama ada melakukan sebarang perubahan pada bahagian mekanikalnya mahu pun tidak. Namun dijangkakan ia bakal dipadankan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0 liter empat-silinder (148 hp) dan 2.4 liter empat-silinder (168 hp). Ia juga didatangkan dengan pilihan kotak gear manual lima-kelajuan atau CVT.

Selepas ia dipamerkan di New York Auto Show, crossover ini dijangka akan menembusi pasaran negara Uncle Sam tersebut pada musim luruh ini. Harganya juga belum didedahkan namun dijangka tidak banyak bezanya dengan model semasa 2017 iaitu bermula $19,795 (RM87,757).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required