VIDEO: Putera Mahkota Dubai bantu tarik lori pasir 12 tayar yang terbenam guna Mercedes AMG G63

A post shared by Saeed Hilal (@saeed.hilal) on

Dengan harga hampir RM1.2 juta di Malaysia, SUV 4×4 Mercedes AMG G63 mungkin dianggap sebagai objek mewah dan kebanyakkannya digunakan sekali sekala serta dipandu hanya di dalam bandar, walaupun ia memang direka dengan kemampuan off-road yang luar biasa – dijana enjin AMG 5.5 liter V8 biturbo berkuasa 571 hp/760 Nm.

Namun untuk Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, AMG G-Wagen miliknya memang dipandu untuk kegunaan di padang pasir. Terbaharu, seorang pemilik akaun instagram bernama Saeed Hilal berkongsi video bagaimana putera yang lebih dikenali sebagai ‘Fazza’ di laman sosial berkenaan membantu menarik sebuah lori pasir 12 tayar yang terbenam di permukaan berpasir menggunakan G63 tersebut.

A post shared by Fazza (@faz3) on

Dalam video berdurasi 1 minit 10 saat berkenaan dapat diperhatikan tugas untuk menarik lori terbabit bukanlah mudah, lagi-lagi dengan menggunakan tayar yang bukan dikhaskan untuk kegunaan permukaan berpasir. Fazza turut dibantu oleh trak pikap lain, dan tali yang digunakan untuk menarik juga putus. Usaha tersebut akhirnya berjaya setelah muatan pasir pada lori dikurangkan, serta dibantu sebuah traktor.

Fazza tidak memuat naik sendiri insiden berkenaan pada akaun laman sosial miliknya sendiri, tetapi plat pendaftaran ‘Dubai 11’ serta serban yang sama dipakai dan dipaparkan pada laman instagramnya ketika bersiar-siar di padang pasir memandu AMG G63 tersebut telah mendedahkan segalanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required