Mitsubishi Triton 2017 terima ESP, tujuh beg udara dan waranti lima-tahun/200k km -RM77k-RM140k

Mitsubishi Triton 2017 terima ESP, tujuh beg udara dan waranti lima-tahun/200k km -RM77k-RM140k

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah pun melancarkan barisan model facelift bagi pikap Triton 2017. Walau pun tidak menampilkan banyak pembaharuan, namun Triton 2017 ini telah dimantapkan lagi imej rekaannya serta aspek keselamatannya turut dipertingkatkan.

Peningkatan ini melibatkan semua varian VGT (VGT, VGT Adventure dan VGT Adventure X) yang kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Aktif dan kawalan cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Trailer Sway Control serta pengunci pintu pengesan-kelajuan automatik.

Pilihan bagi VGT Adventure atau VGT Adventure X, kini ia didatangkan dengan tujuh beg udara (dua di hadapan, sisi, tirai dan di bahagian lutut pemandu). Sementara varian lain masih kekal dengan dua beg udara sahaja.

Selain aspek keselamatan yang dipertingkatkan, lain-lain pembaharuan yang dibawa untuk varian VGT termasuklah gril krom gelap pada bahagian hadapan dengan rekaan baharu bagi pemijak tepi.

Manakala lain-lain elemen luarannya masih kekal sama termasuk padanan lampu utama Bi-xenon HID yang disambung dengan lampu nyalaan siang (DRL). Begitu juga dengan elemen yang turut dikekalkan termasuk rim aloi dua-tona 16-inci buat varian VGT, dan 17-inci buat VGT Adventure dan VGT Adventure X.

Bahagian belakangnya juga tiada perubahan termasuk ruang kargo kekal sama dengan membezakan elemen bagi ketiga-tiga varian tersebut – VGT masih dengan bedliner, manakala sport bar bagi VGT Adventure dan VGT Adventure X (dengan tambahan Tonneau cover).

Sementara bagi bahagian kabin pula, elemen baharu yang ditampilkan ialah roda stereng pelbagai-fungsi empat-jejari baharu yang dilengkapi dengan kawalan audio bagi menggantikan rekaan tiga-jejari pada model sebelumnya.

Mitsubishi Triton 2017 terima ESP, tujuh beg udara dan waranti lima-tahun/200k km -RM77k-RM140k

Bukan itu sahaja, elemen baharu yang turut ditampilkan ialah tempat duduk pemandu balutan kulit dengan lapan-larasan berkuasa dan kluster instrument yang dipertingkatkan.

Lain-lain elemen yang masih dikekalkan bagi varian VGT Adventure dan VGT Adventure X termasuklah kawalan kelajuan, pendingin hawa dwi-zon, dan pedal penukar gear.

Manakala bagi varian VGT standard pula, elemen lain yang masih kekal termasuklah tempat duduk balutan fabrik dan pendingin hawa zon tunggal. Ia juga berkongsi elemen yang sama dengan Adventure dan Adventure X termasuk butang penghidup enjin dan kemasukan tanpa kunci, sistem audio dengan skrin sesentuh bersama sambungan iPod dan USB, Easy Select 4WD dengan Shift-on-the fly 4WD Selector.

Mitsubishi juga telah memperkenalkan waranti pengeluaran baharu bagi varian VGT iaitu lima-tahun/200,000 km, bagi menggantikan waranti terdahulu (tiga-tahun/100,000 km). Bagi varian bukan VGT, warantinya masih dikekalkan.

Bagi pilihan warna, semua varian VGT, VGT Adventure dan Adventure X kini turut ditawarkan dengan Titanium Grey (sebelum ini hanya untuk Adventure X sahaja). Walau bagaimana pun, warna Shadow Black telah digugurkan untuk varian VGT dan VGT Adventure, dan Red Solid turut digugurkan.

Lain-lain warna yang masih ditawarkan ialah Impulse Blue untuk VGT Adventure X, Earth Green atau Pearl White bagi VGT Adventure, Pearl white atau Sterling Silver bagi VGT AT 4×4 dan Sterling Silver untuk VGT MT 4×4.

Mitsubishi Triton 2017 terima ESP, tujuh beg udara dan waranti lima-tahun/200k km -RM77k-RM140k

Bagi bahagian mekanikalnya, tiada perubahan untuk barisan Triton 2017 ini kerana pada tahun lalu, Mitsubishi Malaysia baru sahaja memperkenalkan enjin baharu 2.4 liter MIVEC Turbodiesel untuk semua varian VGT.

Ia menggantikan enjin 2.5 liter Turbodiesel sebelum ini. Walaupun dengan kapasiti kurang 100cc, enjin baharu ini menghasilkan kuasa 3 PS dan tork 30 Nm lebih tinggi, dengan jumlah kuasa keseluruhan 181 PS pada takat 3,500 rpm dan tork maksima 430 Nm pada takat 2,500 rpm.

Malahan penggunaan bahan apinya juga dikatakan lebih memberikan penjimatan sehingga 15% berbanding enjin 2.5 liter.

Transmisinya juga masih dikekalkan dengan kotak gear automatik lima-kelajuan (bersama mod manual untuk varian VGT Adventure dan VGT Adventure X sahaja). Manakala bagi varian VGT M/T, ia ditampilkan dengan kotak gear manual baharu dengan enam-kelajuan.

Harga bagi barisan Triton 2017 adalah seperti berikut:

  • Triton VGT Adventure X AT 4×4 – RM130,900 (naik RM3,700)
  • Triton VGT Adventure AT 4×4 – RM123,130 (naik RM2,730 )
  • Triton VGT AT 4×4 – RM114,400 (naik RM2,800 )
  • Triton VGT MT 4×4 – RM107,600 (naik RM2,800)
  • Triton Quest MT 4×2 – RM77,390 (tidak berubah)

Mitsubishi Triton VGT A/T

Mitsubishi Triton Adventure

Mitsubishi Triton Adventure X

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required