Chevrolet FNR-X akan buat penampilan di Shanghai

Chevrolet FNR-X akan buat penampilan di Shanghai

Pada tahun 2015, Chevrolet telah membawa sebuah model konsep radikal bernama FNR ke Shanghai Motor Show, dan ia menampilkan rekaan yang luar daripada kebiasaan. Tahun ini, pengeluar Amerika Syarikat itu akan memperkenalkan pula FNR-X, yang dikatakan sebagai pengganti kepada FNR, dan berkemungkinan memberi bayangan untuk model produksi akan datang.

Setakat ini, hanya satu gambar teaser yang dikeluarkan untuk FNR-X, dan ia menunjukkan tiada lagi lampu utama laser dan banyak bahagian kaca. Sebaliknya, kenderaan konsep tersebut menggunakan ‘muka’ unik keluarga Chevrolet seperti Cruze, digabungkan dengan lampu utama LED dan bukaan udara yang agresif. Seperti kenderaan konsep lain, cermin sisinya diganti dengan kamera.

Laporan CarNewsChina menyatakan bahawa FNR-X akan memberi pra tonton kepada sebuah SUV plug-in hybrid, dengan sistem pacuan empat roda, yang akan dikeluarkan di China oleh syarikat kerjasama Shanghai-GM, dan terletak di antara Captiva dan Equinox dalam barisan kenderaan Chevrolet di negara itu.

Kenderaan konsep ini juga dijangka dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomous, serta motor elektrik yang akan membantu pecutan. Maklumat selebihnya berkenaan kenderaan ini hanya akan diketahui apabila ia membuat penampilan di Shanghai Motor Show nanti.

GALERI: Chevrolet FNR Concept

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required