Infiniti QX80 Monograph Concept – semakin mewah

Infiniti QX80 Monograph Concept – semakin mewah

Selepas mengeluarkan teaser, cabang jenama kenderaan mewah Nissan iaitu Infiniti kini menyiarkan pula satu gambar penuh SUV mewah bersaiz besar mereka iaitu QX80 Monograph. Ini adalah satu model konsep yang akan dipertontonkan semasa New York Auto Show esok, dan akan memberi gambaran bagaimana rupa model tersebut pada masa hadapan.

“QX80 Monograph menunjukkan konsep kenderaan mewah dan bergaya kami atas jalan, dan ia adalah satu penerokaan bagaimana kami boleh meningkatkan penawaran kenderaan masa hadapan Infiniti, dalam segmen SUV mewah,” kata presiden Infiniti Motor Co Ltd, Roland Krueger.

Perubahan paling jelas pada bahagian luarnya adalah lampu utama rekaan barunya dibawa naik ke atas, sama paras dengan garisan hud, berbanding sebelum ini terletak lebih rendah. Kemudiannya, terdapat gril ‘double arch’ yang sudah menjadi tanda unik Infiniti, dan memandangkan ia besar, ‘muka’ QX80 Monograph ini menjadi penuh impak. Bahagian D-pillar kenderaan ini turut diubah, dan ia kelihatan lebih tajam.

Informasi lain kenderaan ini masih lagi disimpan untuk hari penampilan rasminya nanti, tetapi bagi model yang ada sekarang, ia dikuasakan oleh enjin V8 petrol 5.6 liter yang berkemampuan 405 hp dan 560 Nm tork, apabila dipadankan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan. SUV mewah yang mempunyai berat 2,829 kg ini boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required