Mugen E.Rex – kuasa elektrik, gaya pra-sejarah

Mugen E.Rex – kuasa elektrik, gaya pra-sejarah

Syarikat modifikasi yang berkait rapat dengan Honda, iaitu Mugen bukan lagi asing dalam penghasilan motosikal elektrik, dan mereka turut berlumba dalam Isle of Man TT (kategori TT Zero) dengan menggunakan motosikal yang dinamakan sebagai Shinden Go. Motosikal ini menggunakan motor elektrik yang mampu menghasilkan 160 hp dan 210 Nm tork, dengan berat keseluruhan 250 kg.

Namun, yang turut menarik perhatian adalah sebuah lagi motosikal elektrik yang dibawa oleh Mugen ke Tokyo Motorcycle Show, iaitu E.Raw. Ia juga adalah sebuah motosikal elektrik, tetapi mempunyai badan motocross, dan paling menonjol adalah konsep pra sejarah yang digunakan untuk penggayaannya.

Menurut Mugen, motosikal ini mengambil imej berkonsepkan dinasour yang berkuasa, iaitu T-Rex yang menguasai dunia pada zamannya, dan dijadikan sebagai inspirasi untuk rekaan dan pembangunan sebuah motosikal elektrik lumba. Walaupun begitu, perincian tentang enjin dan kuasanya tidak disiarkan.

Mugen E.Rex – kuasa elektrik, gaya pra-sejarah

Mugen E.Rex menggunakan kerangka daripada model Honda CRF250, dan seperti yang boleh dilihat, motor elektrik tersebut muat dengan baik di tempat sepatutnya enjin berada. Selain itu, ia juga mempunyai sistem penyejukan cecair dan alat kawalan lain seperti motosikal biasa.

Bagi anda yang selalu masuk hutan bermain motosikal lasak, apa pendapat anda? Adakah Mugen E.Rex ini akan rasa seperti di rumah sendiri apabila masuk ke dalam hutan, atau anda takut akan ditembak kerana mungkin orang akan menyangka ia adalah seekor binatang?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required