Pengeluar automotif Jerman sedang bincang untuk siar angka penggunaan bahan api dunia-nyata

Pengeluar automotif Jerman sedang bincang untuk siar angka penggunaan bahan api dunia-nyata

Syarikat-syarikat pengeluar automotif dari Jerman dikatakan kini sedang dalam perbincangan untuk mengikut langkah yang dipelopori oleh PSA Group dengan memberikan angka penggunaan bahan api yang lebih realistik dan lebih menggambarkan serta lebih hampir dengan kadar penggunaan bahan api dalam dunia sebenar, lapor Automotive News.

Bulan lalu, PSA telah menyiarkan apa yang disifatkan sebagai “penggunaan bahan api dunia-nyata” untuk lebih daripada 1,000 varian Peugeot, Citroen dan DS. Angka berkenaan diperolehi berdasarkan protokol ujian yang buat bersama kumpulan advokasi Transport & Environment (T&E) serta France Nature Environment.

Terkini, jenama-jenama automotif Jerman dilaporkan sedang berbincang untuk mengambil langkah serupa, dengan perbincangan kini sedang berlangsung bersama VDA, sebuah persatuan industri domestik. Mac lalu, CEO Volkswagen Matthias Mueller mendedahkan mereka sedang berbincang dengan pesaing-pesaing senegaranya dalam VDA berkenaan untuk menjalankan usaha yang sama seperti PSA.

Ketika ditanya berkenaan perkara ini, VDA tidak memberikan sebarang petunjuk tentang protokol-protokol yang mungkin akan digunakan atau adakah mana-mana kumpulan advokasi pengguna dan alam sekitar akan dijemput untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Presiden VDA Matthias Wissman menjelaskan bahawa persatuan itu “dalam perbincangan konstruktif bersama Kementerian Pengangkutan Persekutuan tentang bagaimana kita boleh meningkatkan ketelusan, tetapi kami masih lagi belum mendapatkan kata putus dalam perbincangan tersebut.”

Bulan lalu, T&E berkata protokol ujian PSA yang baharu menunjukkan bahawa dalam banyak kes keputusan penggunaan bahan api dunia sebenar adalah 40% lebih tinggi daripada angka rasmi yang disiarkan di bawah sistem Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC). Protokol baharu berkenaan dikatakan membantu untuk menunjukkan bahawa kiraan penggunaan bahan api tersebut adalah boleh diharap, dapat mewakili serta boleh diterbitkan semula.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required