Azlan Shah juara perlumbaan ARRC kategori SS 600 pusingan kedua di Thailand, Zaqhwan Zaidi ketiga

Azlan Shah juara perlumbaan ARRC kategori SS 600 pusingan kedua di Thailand, Zaqhwan Zaidi ketiga

Hujung minggu lalu telah berlangsung perlumbaan pusingan kedua dalam siri Asia Road Racing Championship (ARRC) di litar Antarabangsa Chang, Thailand. Dalam kategori SS 600, pelumba dari Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman menunjukkan prestasi cemerlang apabila merangkul tempat pertama dalam dua perlumbaan untuk pusingan kedua ini.

Dalam perlumbaan pertama yang berlangsung pada hari Sabtu, Azlan Shah yang menunggang jentera Kawasaki ZX-6R dicabar sengit oleh pelumba pasukan Yamaha Thailand, Chalermpol Polamai namun berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam perlumbaan 16 pusingan itu (dipendekkan atas pelbagai insiden lain).

Azlan Shah juara perlumbaan ARRC kategori SS 600 pusingan kedua di Thailand, Zaqhwan Zaidi ketiga

Masuk pada hari berikutnya, dalam perlumbaan kedua, Azlan Shah terus fokus dan berada di kelompok pertama dari awal perlumbaan dan bersaing rapat dengan Anthony West dari Australia dan Decha Kraisart dari Thailand. Saingan di antara tiga pelumba ini cukup menarik sehingga beberapa kali mereka bertukar tempat dengan pintasan yang mendebarkan.

Pada pusingan terakhir, Azlan Shah berjaya memotong Decha untuk mendapatkan tempat kedua, dan apabila tiba waktu membrek, Decha terlajak, seterusnya membuatkan West dan Azlan Shah masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua. Walaubagaimanapun, pihak penganjur telah membatalkan kemenangan West kerana beliau telah melanggar prosedur teknikal tertentu. Secara automatik, Azlan Shah diangkat sebagai juara, dan rakan senegara, Zaqhwan Zaidi yang menunggang untuk pasukan Musashi Boon Siew Honda merangkul tempat ketiga.

Azlan Shah kini berada paling atas di dalam senarai pelumba kategori SS 600 dengan kutipan 83 mata, diikuti oleh Taiga Hada dengan 55 mata dan Zaqhwan dengan 54 mata. Pusingan seterusnya ARRC akan berlangsung di Litar Suzuka Jepun pada 3 dan 4 Jun, dan diharapkan pelumba Malaysia akan terus menunjukkan prestasi cemerlang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required