BMW Malaysia telah mengeluarkan harga terbaharu bagi semua modelnya efektif 19 April dengan menyaksikan senarai yang makin pendek berbanding yang diumumkan pada 1 Januari lalu. Membandingkan kedua-duanya, menyaksikan lebih 10 model/varian telah digugurkan dari barisan pasaran tempatan, kebanyakannya daripada model import sepenuhnya (CBU).

Model yang sudah tiada di dalam senarai harga tersebut ialah 120i M Sport (digantikan oleh 118i M Sport), 218i Active Tourer, 2 Series Coupe (220i), 430i Coupe, M3, M4 dan Z4 (20i, 28i M Sport). Bagi SUV pula, model yang digugurkan ialah X1 xDrive 20d, X3 xDrive 20d dan X5 xDrive 30d. Begitu juga dengan model diesel 320d Gran Turismo turut digugurkan.

Sesetengah model yang masih bertahan pula ditawarkan dengan harga baharu dan yang lebih tinggi. Ia melibatkan 420i Coupe (+RM5k to RM304,800), 420i Coupe Sport (+RM6k to RM325,800), 430i Gran Coupe M Sport (+RM7k to RM425,800), X6 xDrive35i M Sport (+RM12k to RM640,800) dan BMW i8 (+RM23k to RM1,211,800).

Kemasukan model baharu seperti 118i M Sport dan X5 xDrive40e telah menampilkan beberapa kelainan

Hampir kesemua model yang tersenari di atas melibatkan model bukan teras yang agak perlahan jualannya, sementara beberapa varian pula telah digantikan dengan versi baharu. Walau bagaimana pun, adakah BMW ingin memperhebatkan pengenalan model disel di Malaysia?

Atau kini sudah menjadi trend bagi pengeluar kenderaan terkemuka dunia dalam memperhebatkan lagi pengeluaran model diesel? Ini termasuklah Honda yang turut memperkenalkan model CR-V varian diesel di Thailand. Begitu juga dengan beberapa jenama kenderaan yang telah membawa masuk lebih banyak model diesel ke negara ini.

Adakah tindakan BMW ini memberikan kelebihan buat Mercedes-Benz yang telah mengumumkan lebih banyak model/varian baharu bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun ini, sekaligus mengekalkan kedudukannya di tempat pertama sebagai pengeluar kenderaan premium di sini?