Mitsubishi buka kilang Bekasi di Indonesia – bakal produksi Pajero Sport, MPV 7-tempat duduk baharu

Mitsubishi buka kilang Bekasi di Indonesia – bakal produksi Pajero Sport, MPV 7-tempat duduk baharu

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) secara rasminya telah membuka kilang pengeluaran baharu di Indonesia, yang terletak di Kawasan Perindustrian GIIC, di jajahan Bekasi.

Fasiliti bernilai US$565 juta ini telah pun mula dibina sejak dua tahun lalu di bawah seliaan Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia, yang bekerjasama dengan Mitsubishi Corporation dan rakan kongsi Indonesia PT Krama Yudha.

Terletak 37 km di timur Jakarta, kilang Bekasi ini meliputi keluasan 30 hektar, dan bakal mempunyai 3,000 orang tenaga kerja dan kapasiti produksi di sini mampu mencapai 160,000 unit setahun. Ini merupakan hab produksi kedua terbesar di ASEAN selepas Laem Chabang, Thailand.

Mitsubishi buka kilang Bekasi di Indonesia – bakal produksi Pajero Sport, MPV 7-tempat duduk baharu

Kilang baharu ini akan memulakan operasinya dengan memproduksi Pajero Sport, diikuti dengan MPV tujuh-tempat duduk baharu pada Oktober. Ia juga akan memproduksi kenderaan perdagangan Colt L300.

MPV baharu ini telah dipertontonkan sebagai XM Concept di GIIAS tahun lalu. Model umpama SUV tetapi diklasifikasikan sebagai MPV ini akan bersaing rapat dengan Toyota Avanza, Daihatsu Xenia, Honda Mobilio dan Suzuki Ertiga di negara berkenaan.

Pembukaan kilang Bekasi ini adalah sebahagian daripada strategi MMC di rantau ASEAN, selain dari Thailand, malah turut memasang kenderaan di Filipina. Pelan pengembangan ini turut disokong oleh Nissan, yang mempunyai 34% kepentingan di dalam Mitsubishi Motors.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required