Mitsubishi Triton Barbarian SVP – terhad 250 unit

Mitsubishi Triton Barbarian SVP – terhad 250 unit

Mitsubishi baru melancarkan satu program khas dikenali sebagai Special Vehicle Projects (SVP) di United Kingdom, di mana hasilnya yang pertama adalah variasi baru bagi trak pikap Triton (dikenali sebagai L200 di sana) yang dipanggil sebagai Barbarian SVP.

Memandangkan kenderaan SVP Mitsubishi akan dihasilkan dalam jumlah yang kecil, hanya 250 unit Barbarian SVP ini akan ditawarkan kepada pasaran, dengan separuh daripadanya menggunakan warna Electric Blue Metallic manakala separuh lagi berwarna Cosmos Black.

Setiap kenderaan ini akan menampilkan bahagian luar yang dipertingkat, dengan penggunaan rim aloi hitam 17 inci, tayar all-terrain BF Goodrich, sambungan lengkuk tayar lebih lebar berwarna hitam dan gril yang direka semula. Kemasan hitam tambahan juga boleh dilihat pada perumah lampu, rel bumbung dan bampar belakang.

Mitsubishi Triton Barbarian SVP – terhad 250 unit

Barangan lain yang dilengkapkan pada model ini adalah pemijak tepi inspirasi daripada sirip jerung, lampu dan damper pada bahagian barangan belakang, serta lencana SVP di belakang. Pada bahagian dalam pula, Barbarian SVP ini menggunakan tempat duduk yang dibalut kulit bercorak inspirasi daripada ‘six-pack’ Barbarian dan kemasan ‘Alston’ seperti suede.

Pada penyandar kepada tempat duduk kereta ini, terdapat nombor edisi terhad dan logo SVP yang disulam dan ia diserikan lagi dengan lampu suasana dan kemasan tepi bahagian pemijak yang menyala.

Di bawah hudnya tidak berubah – ia masih menggunakan enjin 2.4 liter turbodiesel yang berkemampuan 180 hp dan 430 Nm tork. Sistem pacuan Super Select 4WD yang digunakan juga boleh dipilih sama ada dengan padanan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik lima kelajuan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required