Jaguar XF Sportbrake – gambar teaser dikeluarkan

Jaguar XF Sportbrake – gambar teaser dikeluarkan

Dua tahun selepas Jaguar XF Sedan muncul buat pertama kali, versi wagon Sportbrake bagi model ini pula bersedia untuk tampil dan Jaguar sudah mula mengeluarkan teaser untuknya. Tidak banyak beza yang dijangka antara kedua kereta ini, dan melalui gambar yang dikeluarkan, model Sportbrake dilihat mempunyai bumbung kaca yang panjang sehingga ke belakang.

Selain itu, Jaguar juga tidak lagi menggunakan c-pillar berwarna hitam seperti model XJ, dan ia kini diwarnakan sama seperti badannya. Bagi enjin, pilihan sama seperti model sedang dijangka digunakan, dengan model asas dikuasakan oleh enjin 2.0 liter Ingenium Turbocharged petrol dan unit empat silinder diesel.

Bagi varian yang lebih tinggi, terdapat enjin V6 3.0 liter biturbo diesel 300 PS/ 700 Nm serta enjin V6 3.0 liter supercharge petrol daripada F-Type yang boleh menghasilkan sama ada 340 PS/ 450 Nm atau 380 PS/ 450 Nm. Varian lebih berprestasi R dan SVR mungkin muncul kemudian, menggunakan enjin V8 supercharge 5.0 liter.

Sama seperti model empat pintu XF, Sportbrake juga akan dibina di atas platform modular aluminium-intensif Jaguar, yang menjadikannya lebih tegap dan ringan berbanding sebelum ini – model sedan berjaya mencatat 190 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required