Proton serah tempat duduk kanak-kanak kepada pembeli terawal, hadiah kepada pemenang peraduan

Proton serah tempat duduk kanak-kanak kepada pembeli terawal, hadiah kepada pemenang peraduan

Minggu lalu, Proton telah memulakan promosi – sesiapa yang membeli sebarang model Proton, mereka boleh mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak yang bernilai RM1,000 pada harga hanya RM299 sementara stok masih ada. Kerusi keselamatan kanak-kanak yang ditawarkan ini adalah dari produk yang menerima pengiktirafan ECE R 44 dan sepadan untuk digunakan pada tapak Isofix dengan tali keledar.

Dan hujung minggu lalu, satu majlis ringkas diadakan untuk menyerahkan kerusi keselamatan kanak-kanak ini kepada tiga pembeli terawal dan seorang pemenang mingguan bagi peraduan pandu uji dan menang Proton.

Promosi ini adalah tambahan kepada kempen 5 Nilai Hebat Proton, yang telah dilanjutkan sehingga 31 Mei. Dalam kempen ini, pembeli diberikan pakej servis percuma lima tahun/ 100,000 km, yang termasuk alat ganti, pelincir dan upah, bersama jaminan lima tahun/ 150,000 km. Untuk bulan Mei pula, setiap pembeli Proton akan menerima tambahan bonus RM500, bersama bonus kesetiaan RM1,000.

Proton serah tempat duduk kanak-kanak kepada pembeli terawal, hadiah kepada pemenang peraduan

Bonus kesetiaan ini adalah dibuka kepada semua pengguna berdaftar serta ahli keluarga terdekat kepada pemilik kereta Proton yang sah. Contoh untuk mendapatkan bonus kesetiaan ini adalah jika seorang ayah memiliki sebuah kereta Proton dan anaknya berhasrat untuk membeli sebuah kereta Proton pada bulan Mei, Anaknya layak untuk menerima bonus kesetiaan sebanyak RM1,000. Pembeli tersebut akan mendapat bonus sebanyak RM1,500.

Selain daripada itu, Proton juga ada menawarkan bonus istimewa kepada para guru dan jururawat, di mana mereka boleh mendapatkan bonus RM500, sebagai tambahan kepada bonus perayaan dan kesetiaan bagi pelanggan yang layak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required