Rakan setugas kami dari paultan.org Bahasa Inggeris, Danny Tan semalam terserempak dengan model yang kelihatan seperti Honda Jazz facelift 2017. Bertempat di TTDI, model berkenaan yang masih berada di atas trak pengangkut sedang terlibat di dalam pengambaran iklan TV.
Versi terbaru ini, setakat berita ini ditulis, masih belum diperkenalkan di Jepun. Bagaimanapun, sebelum ini, terdapat laporan berkaitan gembar-gambar dari risalah produknya yang bocor diinternet.
Penggambaran berkenaan mungkin bukan untuk model Fit JDM, dengan andaian ia adalah untuk iklan TV tempatan. Jangkaannya, pelancaran Jazz terbaru ini mungkin dalam masa yang terdekat – bahkah mungkin tak begitu lewat selepas pengenalannya di Jepun nanti.
Awal tahun ini, Honda Malaysia memberi petunjuk pengenalan model jimat minyak bagi tahun ini. Syarikat itu juga mendedahkan perancangannya untuk memperkenalkan model sistem sport hibrid i-DCD (Intelligent Dual Clutch Drive). Jazz Hybrid dengan sistem berkenaan juga turut diisyaratkan. Varian ini akan dijual bersekali dengan versi enjin i-VTEC sedia ada.
Walaupun gambar bahagian unit ini agak mustahil untuk diambil, beberapa perubahan facelift berkenaan dapat dilihat di bahagian belakang. Terutamanya bampar belakang – tiada lagi bahagian “corong hitam palsu” di kedua-dua sisinya.
Ia diganti dengan rekaan alur melintang yang lebih minimal – ringkas dan lebih kemas. Mungkin ada juga kemungkinan bahawa pasaran yang berlainan akan menerima rekaan bampar yang juga berbeza. Lampu belakang juga tidak menampakkan perbezaan rekaan yang ketara – dengan semua logo ditutup.



Honda Prelude
dari RM278,000
Honda HR-V
dari RM115,900
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda City
dari RM84,900
Honda WR-V
dari RM89,900