BMW 2 Series F22 Coupe, Convertible diberi facelift

BMW 2 Series F22 Coupe, Convertible diberi facelift

BMW telah memberi peningkatan kepada model 2 Series Coupe dan Convertible, dan ia dijangka menembusi pasaran pada bulan Julai tahun ini. Model coupe dan boleh dibuka bumbung bagi 1 Series ini menampilkan pembaharuan pada bahagian muka depan, dalaman dan kelengkapan yang lebih banyak. BMW telah menjual lebih 140,000 unit F22, dan satu per tiga daripadanya pergi ke pasaran Amerika Syarikat.

Model 2 Series ini juga sekarang dipasang dengan lampu hadapan bi-LED secara standard, bersama LED penuh adaptif dan lampu kabus LED sebagai pilihan. Pencahayaan lampu berbentuk ‘mata’ yang sudah menjadi tanda unik BMW masih lagi ada pada kenderaan ini, tetapi ia dijadikan sedikit heksagon. Gril ‘kidney‘ pada model facelift ini lebih besar, dan ia menjadikannya nampak seperti lebar, bersama salur angin lebih besar. Grafik lampu LED belakang juga diubah.

Pada bahagian dalam, 2 Series baru menggunakan papan pemuka yang diubah sedikit, dengan rasa yang lebih luas, tenang dan kemas. Corong pendingin hawa dan konsol tengah dijadikan lebih fokus kepada pemandu, manakala kemasan krom turut diberi bersama jahitan di papan pemuka. Rekaan penutup konsol tengah juga adalah baru, bersama pemegang cawan.

Panel instrumen juga adalah baru, dengan terdapat panel hitam di dalamnya. Bluetooth dan USB datang secara standard, bersama paparan yang diperbaharui dan skrin sesentuh 8.8 inci untuk sistem Navigation Professional (dengan kawalan suara). Pengecas telefon tanpa wayar disediakan sebagai pilihan tambahan, manakala Apple CarPlay boleh diakses melalui sistem navigasi. Fungsi wi-fi hotspot pada kenderaan ini boleh digunakan sehingga untuk 10 peranti.

Senarai sistem bantuan pemandu yang boleh dipilih pada kenderaan ini adalah termasuk Active Cruise Control dengan fungsi Stop & Go. Driving Assistant juga boleh didapati pada kenderaan ini dan ia termasuk Lane Departure Warning System dan City Collision Mitigation, yang menekan brek secara automatik pada kelajuan sehingga 60 km/j, sekiranya mengesan risiko perlanggaran.

BMW menawarkan kereta standard dalam pilihan trim Luxury Line, Sport Line dan M Sport. Terdapat juga varian tinggi M Performance M240i/M240i xDrive. Tiga warna baru disediakan untuk model facelift ini – Mediterranean Blue, Seaside Blue dan Sunset Orange. Untuk rim, pilihan dijadikan lebih luas – 17 pilihan daripada 16 hingga 18 inci.

Pilihan enjin pula terdiri daripada tiga, empat dan enam silinder, dengan kuasa daripada 136 hp (218i) hingga 340 hp (M240i). Bagi enjin diesel, ia mempunyai teknologi turbo baru dan sistem suntikan commonrail yang dipertingkat.

Padanan transmisi adalah antara kotak gear manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan. Varian 225d dan M240i xDrive datang standard dengan transmisi automatik versi Steptronic Sport lapan kelajuan, bersama pedal penukar gear di stereng.

GALERI: BMW 2 Series LCI Coupe

GALERI: BMW 2 Series LCI Convertible

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required