GALERI: Isuzu D-Max Z-Prestige Urban Premium

GALERI: Isuzu D-Max Z-Prestige Urban Premium

Sebelum pengenalan model SUV MU-X pada 2015, Isuzu Malaysia hanya mempertaruhkan hanya satu model kenderaan penumpang sahaja untuk beberapa tahun lamanya – iaitu trak pikap Isuzu D-Max. Di dalam penampilan terkini model ini yang dilancarkan pada Oktober 2016, Isuzu D-Max diberikan sentuhan berbeza dalam versi Z-Prestige.

Unit yang anda lihat ini adalah dari versi Z-Prestige Urban Premium, yang menjadi satu daripada tiga tema pakej lain yang turut ditawarkan ketika itu. Dua lagi kemasan dikenali dengan nama Adventure Rugged dan Street Rugged.

Versi yang ditampilkan untuk galeri ini hadir dalam warna Silky White Pearl, dengan rim 18-inci enam jejari dalam warna perak. Kelengkapan luaran lain adalah termasuk palang sport dan penutup ruang belakang.

Di dalam, ia menerima senarai kelengkapan yang sama seperti D-Max Premium; panel instrumen e-Lumax dengan paparan pelbagai info, pendingin hawa automatik, pemain multimedia DIN berkembar dengan skrin sentuh lapan inci dan butang pelbagai fungsi pada stereng. Yang membezakan antara mereka ialah penggunaan pembalut tempat duduk berwarna coklat dengan perincian hitam.

Z-Prestige Street Rugged pula menerima warna badan Stallion Black Metallic, sama seperti kerusi kulitnya. Sementara versi Adventure Rugged menggunakan warna badan Velvet Red Mica. Selebihnya adalah sama, kecuali penggunaan warna pada rim 18 inci yang disediakan.

Model ini menggunakan enjin 4JJ1-TCX 3.0 liter turbodiesel, dengan janaan 177 PS pada 3,600 rpm dan 380 Nm dari 1,800 rpm hingga 2,800 rpm. Turut ditawarkan sebagai pilihan dengan pakej ini ialah enjin 4JK1-TCX 2.5 liter turbodiesel dengan janaan 136 PS pada 3,600 dan 320 Nm dari 1,800 hingga 2,800 rpm. Ini dipadankan pula dengan transmisi automatik lima-kelajuan serta sistem 4×4.

Dari segi keselamatan, D-Max hadir dengan dua beg udara hadapan, ABS, EBD, brake assist, hill start assist (HSA), kawalan cengkaman, and kawalan kestabilan elektronik (ESC). Untuk maklumat lanjut tentang Isuzu D-Max dan penawarannya, layari CarBase.my.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required