Muhammad Akid Aziz berjaya tamatkan latihan di VR46 Riders Academy Mastercamp bagi edisi ketiga

Muhammad Akid Aziz berjaya tamatkan latihan di VR46 Riders Academy Mastercamp bagi edisi ketiga

Penunggang muda dari Malaysia, Muhammad Akid Aziz, 18, telah menamatkan latihannya di VR46 Riders Academy Mastercamp kelolaan pelumba lagenda dunia, Valentino Rossi. Bertempat di Tavullia, Itali, sesi kali ketiga itu berlangsung selama lima hari.

Di bawah bimbingan juara tiga kali Flat Track terkemuka, Marco Belli, Akid turut disertai oleh penunggang muda dari Thailand, Peerapong Boonlert (18), penunggang Indonesia, Anggi Setiawan (18), wakil dari Jepun, Shota Ite (15), bakat muda Australia, Brandon Demmery (19) dan penunggang dari Canada, Tomas Casas (17).

Sepanjang sesi latihan oleh jurulatih berpengalaman sepenuh masa itu, peserta didedahkan dengan pelbagai cara dan teknik tunggangan, serta membekalkan mereka dengan pengetahuan teknikal untuk maju ke peringkat Kejuaraan Dunia. Peserta dikehendaki menunggang jentera Yamaha YZ250F ketika di Motor Ranch Rossi, Yamaha YZF-R3 ketika di litar Misano World Circuit Marco Simoncelli dan motosikal mini ketika di litar go-kart.

“Saya sangat gembira dengan pendedahan ini. Semuanya serba baru bagi saya, kerana saya tidak pernah menunggang di litar rata sebelum ini. Kemahiran dan pengalaman ini akan saya gunakan sebaik mungkin selepas ini,” ujar Akid, yang turut menyertai Kasma Daniel Kasmayudi selaku alumni program yang sama.

Akid mempamerkan kecekapan tunggangan selepas memenangi perlumbaan MiniGP, yang menurutnya bahagian paling menarik sepanjang kem berkenaan – kerana pertama kali menunggang jentera dua lejang. Mereka juga berkesempatan menemui Valentino Rossi sebagai sebahagian daripada program yang diatur.

Kini dalam edisinya yang ketiga, ia merupakan program tidak berasaskan keuntungan yang dianjurkan oleh Yamaha dan rakan kerjasama yang lain. Peserta dipilih oleh pengedar Yamaha seluruh dunia, berdasarkan bakat menonjol dalam perlumbaan mereka dan kelayakan tempat berkenaan tidak boleh dibeli.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required